Puasa Belum Lagi Bermula, Singapura Sudah Batalkan Bazar Hari Raya

Trending

Puasa Belum Lagi Bermula, Singapura Sudah Batalkan Bazar Hari Raya

Wabak COVID-19 kian meningkat di serata dunia. Bagi menangani masalah ini, Singapura telah pun mengumumkan sekatan sempadan di negaranya beberapa hari yang lepas.

Baca: Singapura Umum Sekatan Sempadan Untuk Rakyat Negara Asing Kecuali Perjalanan Darat Dan Laut

Advertisement

Belum lagi tiba bulan ramadhan, hari ini Pertubuhan Rakyat (People’s Association) Singapura telah mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan Bazar Raya yang di adakan setiap tahun, yang mana pelbagai gerai menjual keperluan dan juadah hari raya ada di jual di sana.

Bazar Raya tahun 2019

Menurut pertubuhan itu, langkah tersebut diambil bagi membanteras penularan COVID-19 yang berlaku di Singapura. Tahun ini Bazar Raya sepatutnya berlangsung pada 18 April sehingga 24 Mei di sekitar kawasan negara tersebut seperti Geylang Serai, Woodlands, Kampong Gelam, Tampines dan Punggol.

Menurut sumber, berita pembatalan itu diumumkan melalui satu siaran media yang dikeluarkan semalam dan rakyat negara itu harus menerima realiti bahaya penularan COVID-19 ini.

“Pembatalan ini sudah tentu akan menimbulkan kekecewaan pengunjung tegar dan peniaga dan sedikit sebanyak mengurangkan keceriaan pada Ramadan dan Hari Raya,”

Selain itu, segala acara yang melibatkan lebih dari 250 pengunjung akan dikira sebagai tidak sesuai buat masa sekarang. Pengumuman itu sekali gus membatalkan sebarang penawaran tender kepada mana-mana pihak.

Pembatalan menyeluruh itu bukan hanya melibatkan penganjuran Bazar Raya tetapi turut melibatkan mana-mana acara pesta bermula Rabu ini. Setakat ini Singapura telah mencatatkan sebanyak 266 kes COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...