“Puas Tengok Hadiah Dia..” – Kieda Crepe Murah Hati Hadiahkan Cikgu Anak Kipas Dan ‘Air Fryer’ Sempena Hari Guru

Kehidupan

“Puas Tengok Hadiah Dia..” – Kieda Crepe Murah Hati Hadiahkan Cikgu Anak Kipas Dan ‘Air Fryer’ Sempena Hari Guru

Baru-baru ini usahawan sensasi dikenali sebagai Kieda Crepe telah meraih perhatian netizen apabila menghadiahkan guru-guru yang mengajar anaknya di sekolah rendah dan tadika kipas serta air fryer sempena Hari Guru.

Hadiah untuk para guru

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pada awalnya Kieda keliru mahu menghadiahkan apa kepada guru anaknya memandangkan ia disediakan pada saat akhir kerana sekolah anaknya baru sahaja berpeluang untuk meraikan sambutan tersebut pada hari berkenaan.

Advertisement

Hari Selasa sekolah Akif ada buat sambutan Hari Guru, jadi kita tak sempat nak beli hadiah, kita beli kipas untuk mereka. Tak tahu nak beli hadiah apa.

 

Jadi ini semua hadiah untuk Hari Guru. Kat dalam ni hadiah untuk cikgu sekolah rendah dengan cikgu tadika, yang ini (air fryer) untuk ustaz yang ajar mengaji dan cikgu tuisyen anak-anak.

@kiedacrepepenang Terima kasih cikgu kerana sabar melayan anak anak ku #kiedacrepe ♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – ❦︎

Dapat pujian daripada netizen

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen hantaran yang sama, rata-rata memberi pujian kepada usahawan ini yang rela berkongsi rezeki bersama para pengajar anak-anaknya di samping menghargai jasa mereka.

Bagus Kieda menghargai guru-guru anak dia. Semoga beroleh keberkatan.

 

Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat beri hadiah pada cikgu.

ss

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hadiah hari guru
2 months ago

Pelajar Beri Hadiah Barang Kemas Untuk 10 Orang Cikgunya Sempena Hari Guru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...