Puas Hati! Konsert iKON World Tour TAKE OFF Di Malaysia Rasmi Beralih Lokasi Ke Axiata Arena!

Hiburan

Puas Hati! Konsert iKON World Tour TAKE OFF Di Malaysia Rasmi Beralih Lokasi Ke Axiata Arena!

Selepas pengumuman lokasi konsert iKON World Tour TAKE OFF di Malaysia bakal diadakan di MIECC, ramai dalam kalangan peminat merasa terkilan kerana lokasi yang agak kurang ‘kurang strategik’.

Memahami kerisauan peminat (iKONIC), pihak penganjur JoJo Events dan My Event International telah berusaha untuk mengubah lokasi konsert ke lokasi yang lebih strategik iaitu Axiata Arena.

Advertisement

iKON WORLD TOUR “TAKE OFF” @ Axiata Arena

Setelah menanti dengan penuh debaran, kurang sebulan daripada tarikh rasmi konsert, pihak penganjur mengumumkan perubahan rasmi lokasi konsert ke Axiata Arena. Berita ini telah disambut baik oleh para peminat yang sudah lama menantikan kedatangan semula iKON ke negara ini..

Dengan perubahan lokasi ke Axiata Arena, ini pastinya memberi suasana yang lebih mengujakan dan hangat buat iKONIC. Keluasan Axiata Arena dan tempatnya yang strategik membuatkannya sentiasa menjadi pilihan utama penganjur konsert.

Korang juga tak perlu risau, walaupun berubah lokasi, segala kemudahan dan infrastruktur yang dijanjikan oleh pihak penganjur seperti surau, food truck, loker dan kawasan parking yang luas masih disediakan.

Harga Tiket Serendah RM198 Je!

Disebabkan Axiata Arena yang lebih besar, ia secara tak langsung , mampu memuatkan lebih ramai peminat untuk hadir ke konsert iKON. Oleh itu, Jojo Events dan My Events International bersetuju untuk membuka kuota tiket baru iaitu Cat 5 dengan harga RM198 sahaja. Yahoo, barulah onz!

Tiada perubahan tempat bagi pemegang tiket Soundcheck, Hi-Bye, Cat 1, Cat 3 dan Cat 4. Hanya Cat 2 sahaja yang ditukar daripada standing zone ke seated area. Bagi korang yang sudah membeli tiket sebelum ini, pihak penganjur akan menghantar email bagi memberi info dan kedudukan yang baru di Axiata Arena.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket konsert iKON World Tour TAKE OFF ini di ticket2u bermula 28 Jun ini. Korang juga boleh menikmati diskaun sebanyak 15% dengan menggunakan kod promosi ‘IKONKL15’. Diskaun ini hanya boleh digunakan bagi pembelian tiket Cat 1 sahaja.

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan info terkini berkaitan konsert 2023 iKON World Tour TAKE OFF, layari laman sosial rasmi JoJo Events Instagram, Facebook dan TikTok serta laman rasmi My Event International di Instagram dan Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...