Puak ‘Flat Earth’ Rancang Ekspedisi Ke Antartika Mahu Buktikan Penghujung Dunia Wujud

Trending

Puak ‘Flat Earth’ Rancang Ekspedisi Ke Antartika Mahu Buktikan Penghujung Dunia Wujud

Ketika masih ramai yang keliru tentang bentuk sebenar bumi, sekali lagi golongan ‘Flat Earth’ sedang merancang untuk ke Antartika bagi membuktikan ideologi mereka itu sahih dan mereka percayai sebagai ‘hujung dunia’.

Advertisement

Menurut Flat Earth International Conference (FEIC), ekspedisi berkenaan akan dilancarkan tahun depan melalui jalan laut sebagai salah satu acara tahunan persatuan berkenaan.

Menurut Forbes, salah seorang ahli FE iaitu Jay Decasby berkata, ekspedisi ini penting bagi menutup segala tomahan dan tuduhan terhadap mereka selama ini.

Menurutnya lagi, sebelum ini pelayar masa dahulu sudah membuktikan bentuk bumi yang rata, tetapi ia masih tidak cukup kuat untuk dijadikan rujukan.

Perkembangan seterusnya, Persidangan ke-3 FEIC dirancang akan dilangsungkan pada November 2019 di Dallas, Texas Amerika Syarikat.

 

Sumber: DailyMail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...