Pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak sekali lagi menegur keras pelakon sensasi Zarina Anjoulie yang didakwa kerap menormalisasikan perbuatan tidak bermoral di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram, beliau menyifatkan tindakan Zarina seperti mengajak orang lain melakukan maksiat secara terbuka. Katanya, artis yang sering menayang perbuatan mungkar wajar dikenakan hukuman tegas kerana memberi contoh buruk kepada masyarakat.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, ini bukan teguran pertama buat Zarina. Sejak zaman PKP, beliau pernah menasihati pelakon itu supaya tidak mempromosikan maksiat. PU Syed turut mengingatkan hadis Nabi SAW yang menegaskan bahawa sesiapa memulakan perbuatan buruk akan menanggung dosanya sendiri dan dosa orang lain yang mengikutinya.
Beliau turut menegur tindakan Zarina yang berpelukan dengan seorang lelaki bukan mahram yang dikenali menghasilkan kandungan tidak senonoh. Menurutnya, perbuatan itu sangat jelek, bercanggah dengan ajaran Islam dan perlu segera ditangani pihak berkuasa agar tidak menjadi lebih parah.