PU Syed ‘Sound’ 44 Airel, Dakwa Muzik Video ‘Sempurna’ Tak Patuh Syariah – “Kenapa Perlu Ada Adegan Separuh L*cah..”

Hiburan

PU Syed ‘Sound’ 44 Airel, Dakwa Muzik Video ‘Sempurna’ Tak Patuh Syariah – “Kenapa Perlu Ada Adegan Separuh L*cah..”

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menegur seorang penyanyi muda, 44 Airel susulan pelancaran muzik video lagu terbarunya yang berjudul ‘Sempurna’ yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Muzik video keterlaluan

Memetik laporan OhBulan!, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyifatkan muzik video tersebut sebagai keterlaluan dan tidak wajar ditayangkan kepada umum, apatah lagi di platform yang terbuka seperti YouTube.

Advertisement

pu syed

Lagu dan video klip paling sampah daripada seorang penyanyi muda.

 

Nak naikkan nama dan pengaruh dengan lagu-lagu dan video klip mengarut ini takkan ke mana dik. Kenapa kalian perlu buat adegan separuh lucah seperti dalam video klip itu.

Kata PU Syed, terdapat unsur yang tidak senonoh dalam muzik video tersebut yang dianggap bertentangan dengan nilai dan adab dalam Islam terutamanya apabila ia membabitkan individu Muslim yang seharunya lebih peka terhadap batas halal dan haram.

Nak gambarkan isu semasa tak perlu kita tonjolkan segenap sisi tak senonoh tu dalam lakonan.

muzik video sempurna 44 airel dikecam

PU Syed mahu pihak berkuasa ambil tindakan

Pendakwah itu turut menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas terhadap kandungan video tersebut yang menurutnya perlu ditapis sebelum disiarkan secara umum.

Saya harap pihak berkuasa yang terbabit dalam penguatkuasaan terhadap mana mana video klip untuk ditayang dalam media sosial seperti YouTube yang datangnya dari dalam negara kita khas oleh rakyat Malaysia agar perlu ditapis sebelum dibenarkan untuk disiarkan.

 

Mohon sangat pihak berwajib ambil tindakan terhadap video klip ini sebagai pedoman kepada mana-mana artis BBNU ini agar reti adab dan tatasusila khasnya jika kalian adalah orang Islam yang ada halal dan haram dalam agama.

 

Paling kurang minta mereka ubah kepada video klip yang lebih beradab dan patuh syariah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

44 Airel bersuara

Sementara itu, penyanyi 44 Ariel turut dilihat bersuara susulan pelbagai reaksi yang diterimanya terhadap muzik video lagu terbarunya itu.

Saya terima dengan hati yang terbuka. Cuma, saya nak jelaskan video ini hanyalah sebuah karya lakonan. Ia tiada kena mengena dengan sesiapa pun.

Dia turut menjelaskan bahawa muzik video tersebut bertujuan menggambarkan realiti masyarakat hari ini dan tidak merujuk kepada mana-mana individu secara khusus.

44 airel

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Warga Indonesia Jadikan Neraka Sebagai Konten, PU Syed Tampil Bersuara - "Betapa Beraninya Dia.."
2 weeks ago

Warga Indonesia Jadikan Neraka Sebagai Konten, PU Syed Tampil Bersuara - "Betapa Beraninya Dia.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...