PU Syed Seru Orang Ramai Berhenti Selongkar Tentang Kisah Yang Melanda Da’i Syed

Hiburan

PU Syed Seru Orang Ramai Berhenti Selongkar Tentang Kisah Yang Melanda Da’i Syed

Tampil menasihati orang ramai agar tidak  menyebarkan perkara yang belum pasti kebenarannya kepada umum, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri seakan bersuara mengenai kes yang menimpa rakan industrinya, Da’i Syed yang kini terpalit dengan dakwaan rogol seorang gadis.

Advertisement

Kata PU Syed, biarlah perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja tanpa perlu mencampuri sehingga ada yang sanggup terus membuka aibnya. 

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dai syed pu syed

“Maaf ambe (saya) bukan Da’i Syed dan Da’i Syed juga bukannya ambe. Jika benar seperti dakwaan terhadapnya, biarlah mahkamah yang menghakiminya. Toksahlah (tak perlulah) kita selongkar kisah-kisah yang patut ditutupi kecualilah ia didedahkan sendiri olehNya.”

Ujarnya lagi, semua individu wajar untuk sesar dan sentiasa beringat bahawa setiap orang mempunyai aib sendiri.

Hal ini demikian kerana, segala aib kita kini masih terselindung daripada umum.

“Berat sangat mehnah (ujian) dan pancaroba menjadi pendakwah pada usia muda tanpa persediaaan yang sebenar dan sebetulnya. Kita juga ada aib yang Allah simpan, maka untuk itu cukup-cukuplah kita sebarkan keaiban manusia lain dek kerana inginkan sensasi dan panas.”

Dai syed rogol gadis

Sekadar informasi, Da’i Syed sebelum ini telah menjadi perhatian warganet apabila namanya terpalit dengan dakwaan jenayah seksual.

Namun begitu, beliau khabarnya telah tampil membuat laporan polis berkenaan dakwaan tersebut dan menegaskan kepada mata masyarakat bahawa segala yang dituduh itu hanyalah fitnah semata-mata.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...