Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

PU Syed Gelar BTS Syaitan Yang Menyesatkan Umat

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, pendakwah yang lahir daripada program realiti Pencetus Ummah menjadi perhatian ramai, terutama sekali selepas timbul kontroversi berkaitan PU Abu yang menceraikan isterinya ketika sedang sarat hamil anak pertama mereka demi mengejar cinta seorang janda anak satu.

Advertisement

Terbaru, PU Syed Bakri pula memuat naik kenyataan yang menimbulkan kemarahan ramai terutama sekali peminat K-Pop apabila menggelarkan BTS sebagai syaitan. Menerusi akaun Instagramnya, beliau telah membantah sekerasnya mengenai cadangan untuk membawa kumpulan ikonik itu membuat persembahan di Malaysia.

PU Syed dikecam hebat oleh netizen khususnya peminat K-Pop yang menganggap perkataan ‘setan’ itu agak kasar dan langsung tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai pendakwah. Sepatutnya sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama tinggi, beliau haruslah membuat teguran dengan cara lebih berhemah tanpa menyebarkan kebencian.

Advertisement

Selepas teruk dikecam, PU Syed memuat naik kenyataan susulan mengatakan beliau sama sekali tidak gentar dengan segala kritikan dan tetap tegas dengan pendiriannya.

Berdakwah dan menegur itu tidak salah, tetapi mungkin boleh dilakukan dengan cara yang lebih sopan dan tidak menggunakan perkataan yang kasar. Kita ingin ajak orang untuk melakukan perkara baik, jadi kena mula dengan cara yang baik juga. Apa pula pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 Comments

  1. faraj

    May 3, 2019 at 10:56 am

    Dari bersalam dgn PU2 sekarang ni , baik saya sentuh Khinzir lagi 100x Suci dari PU2 ni….

  2. addon

    May 3, 2019 at 9:34 am

    kalo dengar ceramah UAI lagi kasar bunyik dan ramai lagi ustaz2 yg bagi ceramah sgt keras kata2 mereka.. manusia ni cakap lembut, tak jalan, cakap kasar , kena bash plak.. huhuhuhu.. manusia kalo kena tegur mudah nau sentap..cuba amek ni semua sebagai peringatan/teguran Allah pada kita, tapi disampaikan melalui orang lain..

  3. Anonymous

    May 2, 2019 at 8:10 pm

    Gasaklahh orang bangsa cina india. Dengan hangpa2 sekali tak dapat tgok bts.

    Ustaz, kalau kita buat sesama islam kita terasa ka, kita kena minta maaf dengan depa kan. Kalau idak, merangkak lah kita cari depa kat akhirat. Tapi kalau kata lahh bts baca ni pastu depa terasa, macam mana ya? Berdosa kah kita? Atau sebab depa bukan orang islam, so kita takyah ambil peduli sangat?

    Minta pencerahan dari kawan2 dekat sini jugak

    • Anti dai pu yg giler glamer

      May 2, 2019 at 11:36 pm

      Sebab depa dtg dari programme TV.pandai ckp jer lebih tp adakah diri sendiri buat seperti apa yg dickp?. Kita boleh tgk perbezaan kata2 org yg tinggi ilmu agama dgn tidak. Tgk ustaz Ebit and ustaz wadi berckp; lembut dan berhemah. Pikir2 lah dan selamat beramal…

  4. Anonymous

    May 2, 2019 at 4:33 pm

    yg sokong syed ni ingat org melayu aje ke yg pegi tgk konsert BTS. dorang lupa kat Malaysia ni ada berbilang bangsa dan agama..abis tu kau nak suruh org2 cina dan india tgk konsert rock melayu ke..

  5. haha

    May 2, 2019 at 3:45 pm

    yg kutuk2 ustz tu,yg acah2 army tu kebanyakkan gemok,tgk aritu la,yg buat candle light vergil tu hari

    • Anonymous

      May 2, 2019 at 4:27 pm

      ko sama dgn pu syed tu 2×5 mulut kurang ajar… mati sok gerenti ke neraka dulu gara2 tak sempat minta maaf kt diorg..

Loading...
To Top