Disebabkan ramai yang meluahkan rasa risau mengenai berita penceraiannya, Zarina Anjoulie ataupun Anju sekali lagi memuat naik video penjelasan menerusi Insta Story di laman Instagram miliknya.
Jelasnya lagi, tiada perkara yang buruk pun berlaku di antara dia dan Eilyas Azhar. Cuma mereka merasakan keputusan untuk berkahwin yang dibuat terlampau cepat dan sebenarnya mereka belum lagi bersedia.
“Aku rasa aku kahwin terlampau cepat.”
Anju juga mengatakan bahawa dia berasa terdesak untuk mendirikan rumah tangga kerana didesak oleh pelbagai pihak termasuklah juga para pendakwah selebriti.
“Yalah dengan PU semua sibuk suruh aku kahwin. Korang ni semua menggelabah si**!”
Mengakhiri video itu dengan nasihat, Anju menegaskan supaya tidak berkahwin hanya kerana didesak oleh orang lain. Buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri supaya tidak melakukan kesilapan sepertinya.
Itulah dia, tak semestinya nasihat orang lain itu harus diikuti. Apa pun, semoga Anju dan Eilyas akan bertemu bahagia mereka suatu hari nanti.