Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

PU Riz Positif COVID-19, Pernah Solat Di Masjid Jamek Sri Petaling

pu riz positif covid-19

Pendakwah bebas terkenal iaitu Muhammad Haris Bin Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, disahkan positif COVID-19 selepas mengalami demam panas selama tiga hari.

pu riz positif covid-19

Advertisement

Dia kemudiannya telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan dimaklumkan pada keesokan harinya bahawa dia telah dijangkiti wabak tersebut.

Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif COVID-19.

pu riz positif covid-19

Saya redha dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.

Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini.

Advertisement

pu riz positif covid-19

Riz memberitahu bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah dan hanya keluar untuk membeli barangan keperluan sahaja. Namun, dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Sri Petaling sebelum ditutup kerana penyebaran wabak tersebut.

Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja. Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Sri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini.

Kami harap PU Riz kekal tabah menghadapi ujian ini dan semoga cepat sembuh. Doakan yang baik-baik.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    April 7, 2020 at 2:35 pm

    Those who cant understand Malay language (such as me), jangan bawak komen bodoh anda di sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama