Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

PU Riz Bakal Muncul Dalam Lagu Islamik, Bergandingan Bersama Alyah Dalam Single ‘Thank You Allah’

Alyah

Penyanyi terkenal, Datin Alyah dilaporkan bakal bekerjasama dengan pengantin baru, PU RIz menerusi sebuah lagu terbaru berjudul ‘Thank You Allah’.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Menurut Alyah, kolaborasi bersama pendakwah bebas dalam lagu tersebut adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab.

Dia juga sebelum ini pernah bekerjasama secara tidak langsung dalam filem Ada Apa Dengan Dosa di mana PU Riz sebagai pelakon dan Alyah pula menyanyikan lagu tema filem tersebut.

Tambah isteri kepada Datuk Ramli MS itu lagi, dia mula menyedari bakat lain yang dimiliki Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail selain daripada berlakon dan berdakwah.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Apabila dia datang dan dengar suara, saya rasa dia boleh menyanyi dengan baik juga. Namun tak boleh nak teroka banyak sebab tahu dia sebagai pendakwah sahaja. Apabila dah kenal banyak benda dia nak buat cuma kena beri waktu dulu.”

Ditanyakan mengapa memilih PU Riz sebagai pelontar monolog dalam lagu tersebut, Alyah menjelaskan bahawa untuk mencari pendakwah yang mempunyai ‘suara jantan’ tidak mudah.

Meskipun ‘usaha’ untuk mendapatkan khidmat Haris sangat sukar, Alyah berkata lagu Thank You Allah memerlukan suara daripada pendakwah itu kerana ianya amat bersesuaian untuk dimasukkan dalam karya tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Menafikan pemilihan Haris sebagai ‘trending’ semata-mata, Alyah mempercayai bakat PU Riz bukanlah terhad sebagai pelakon dan pendakwah sahaja, namun dalam bidang nyanyian juga.

Lagu Thank You Allah merupakan karya ciptaan bersama Omar K serta lirik daripada Ikhwan Fatanna dan akan menemui pendengar dijangka sebelum sambutan bulan Ramadhan nanti.

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    April 2, 2021 at 10:55 am

    tu ke suara die. sodap jugak ye. tp klu ckp2 dgn lofa dlm live tu awat sora dia xmcm ni.

  2. anonymous

    April 1, 2021 at 4:11 pm

    antara penyanyi yg live ancur NEXT

  3. Brunes

    April 1, 2021 at 3:32 pm

    errr dah ajet PU Syed dah ni…….. dah trending release lagu hmmm k

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama