Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

PU Rahmat Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan

Sehingga kini, tindakan pelakon Kamal Adliyang tampil membuat kejutan melamar Uqasha Senrose di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 ysemaam masih hangat diperkatakan netizen.

Advertisement

Namun, tidak terhenti di situ sahaja, ia juga telah mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang tampil memberikan nasihat mengenai lamaran secara terang-terangan mengikut hukum Islam dan mengapa ianya tidak dianjurkan.

Kata PU Rahmat, disebabkan ada wanita yang kuat untuk mengatakan tidak, serta ada juga yang akan kasihan dan tidak mampu untuk menolak, lantas Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan ketika menerima lamaran lelaki.

Dedahnya lagi, ia tidak dianjurkan dalam Islam bertujuan untuk menjaga air muka lelaki andai lamaran itu ditolak.

Bahkan, pernikahan juga bukanlah melibatkan dua jiwa semata-mata namun turut melibatakan dua buah keluarga.

Namun begitu, PU Rahmat turut berharap supaya jangan terlalu mengikut trend barat dan menyeru agar melamar secara terang-terangan dapat dihentikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. duk diamdiam dah laa

    December 22, 2020 at 10:57 am

    semak lah…

  2. Kiki

    December 22, 2020 at 6:00 am

    Setuju

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top