Sehingga kini, tindakan pelakon Kamal Adliyang tampil membuat kejutan melamar Uqasha Senrose di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 ysemaam masih hangat diperkatakan netizen.
Namun, tidak terhenti di situ sahaja, ia juga telah mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang tampil memberikan nasihat mengenai lamaran secara terang-terangan mengikut hukum Islam dan mengapa ianya tidak dianjurkan.
Kata PU Rahmat, disebabkan ada wanita yang kuat untuk mengatakan tidak, serta ada juga yang akan kasihan dan tidak mampu untuk menolak, lantas Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan ketika menerima lamaran lelaki.
Dedahnya lagi, ia tidak dianjurkan dalam Islam bertujuan untuk menjaga air muka lelaki andai lamaran itu ditolak.
Bahkan, pernikahan juga bukanlah melibatkan dua jiwa semata-mata namun turut melibatakan dua buah keluarga.
Namun begitu, PU Rahmat turut berharap supaya jangan terlalu mengikut trend barat dan menyeru agar melamar secara terang-terangan dapat dihentikan.