Demam Si Nopal anak Bahenol yang kini melanda masyarakat Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi. Rata-rata terhibur dengan animasi dari Indonesia itu yang disifatkan sebagai lucu.
Namun, tahukah anda apa maksud bahenol itu dalam bahasa Indonesia? Tular di media sosial sejak semalam mengenai perkongsian maksud bahenol yang sebenarnya.
Perkongsian itu juga mendapat perhatian pendakwah terkenal, PU Azman yang turut sama terkena tempias demam Si Nopal apabila dia turut memuat naik video animasi tersebut di Instagram.
Bagaimanapun dia telah memadam video tersebut selepas dimaklumkan oleh beberapa netizen mengenai maksud sebenar bahenol.
https://www.instagram.com/p/BtxcC8gh1t0/?utm_source=ig_web_copy_link
Setelah dia mengetahui maksud sebenar bahenol dalam bahasa Indonesia, sekali lagi PU Azman memuat naik video menyeru agar orang ramai tidak lagi menyanyikan lagu tersebut.
“Saya dah delete video berkaitan Si Nopal, saya mohon maaf kepada netizen dan ingin menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal.
“Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghairah dan montok,” katanya.
Semoga dengan penjelasan PU Azman ini tiada lagi penularan video Si Nopal kerana ia membawa maksud yang tidak elok.