PU Azman Dijatuhi Hukuman Penjara Lagi Selama 6 Tahun & 1 Kali Sebatan

Trending

PU Azman Dijatuhi Hukuman Penjara Lagi Selama 6 Tahun & 1 Kali Sebatan

Pendakwah selebriti, PU Azman dijatuhi hukuman penjara lagi selama enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada tujuh tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo, ini merupakan kali keempat selepas dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Klang dan Seremban sebelum ini.

Advertisement

Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhi hukuman itu selepas PU Azman atau nama lengkapnya Azman Syah Alias, menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

PU Azman penjara dilanjut 14 bulan

Difahamkan, ini selepas representasi yang dihantar oleh pihak pembelaan pada Oktober lalu telah diterima Jabatan Peguam Negara ketika prosiding perbicaraan telah berlangsung dengan pendakwaan telah mengemukakan enam saksi.

Terdahulu, Rasyihah turut memerintahkan PU Azman untuk menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Mahkamah memutuskan kesemua hukuman tersebut diambil kira (TIC) mengikut Seksyen 171 (A) Kanun Tatacara Jenayah terhadap satu lagi pertuduhan sama yang dihadapi PU Azman.

Mengikut pertuduhan, PU Azman telah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun ketika itu di sebuah inap desa di Jalan Kebun Klang antara pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi pada September 2017.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Berdasarkan fakta kes, difahamkan PU Azman telah secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mangsa dan menyatakan mahu tidur bersama sebelum menyentuh remaja lelaki itu bagi tujuan amang seksual fizikal selepas diajak bermalam di inap desa itu.

Mangsa tidak menceritakan kepada kejadian itu kepada sesiapa kerana takut tidak akan dipercayai oleh sesiapa sebelum memaklumkan kepada seorang ustazah yang telah menghubungi mangsa pada tahun 2022.

PU Azman penjara 7 tahun 2 kali sebatan
2 weeks ago

Mengaku Bersalah Lakukan Amang S*ksual, PU Azman Dipenjara 7 Tahun & 2 Kali Sebatan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...