August 25th, 2020

Biarpun sudah bermacam-macam cara teguran telah diberikan kepada usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illias, namun segalanya bagai berlalu pergi sahaja kerana pendakwah bebas PU Amin mendakwa usahawan tersebut sehingga kini masih lagi tidak mengendahkannya.

PU Amin Seru Orang Ramai Boikot Produk Safiey Illias

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik PU Amin di laman Instagram miliknya, beliau dilihat amat kecewa kerana segala yang dilakukannya untuk melihat usahawan tersebut balik ke pangkal jalan tidak berhasil dan hanya bersifat sementara semata-mata.

View this post on Instagram

Dia kembali secara terang terangan untuk beraksi dalam dunia nya kembali. Dulu saya buat video teguran, nasihat, minta boikot produk nya, alhamdulillah bila diboikot dia kembali kepada fitrah. Namun setelah mendapat sokongan dia kembali kepada naluri songsang nya. Jika ditegur dia akan kata dia tertekan dan kemurungan.. . Saya sudah cuba bersahabat dengan nya, dengan lunak dan sopan memberi peringatan, secara dm , tapi segalanya tidak di endahkan.. . Hakikatnya dia kembali menonjolkan diri untuk membantu produk nya terus laris. Yang kita pelik kenapa ada yang membeli produk nya, produk untuk kulit cantik, tapi kulitnya juga bukan asli wanita. Wahai wanita dan pembeli produk nya jangan lah tertipu, jangan terpedaya, anda sedang membantu dia untuk terus berada dalam dunia nya.. . Ayuh kita bantu dia sekali lagi untuk kembali pada jalan yang benar. Ini untuk anak dan generasi kita. Mahu kah kita anak generasi kita jadi seperti ini? Nauzubillah, segala cara lembut dan santun telah kita lakukan, apakah kita hanya perlu sibuk dengan urusan hidup nya sahaja? Sampai bila??.. . Maka saya seru dan mohon semua rakyat malaysia, insan yang berakal dan berakhlak mulia akan terus dan kembali boikot segala jualan produk nya. Maklum kan pada semua orang bahawa produk nya perlu diboikot segera, agar dia sedar dan berubah. Kepada safiey berubah lah walau berkali kali mencuba, inshaallah pintu taubat masih terbuka untuk kita semua.. . Semoga Allah ampunkan dosa dosa kita. Segala bencana dah lalu depan mata, sampai bila kita mahu biarkan masyarakat hidup dalam kancah kemurkaan Allah. Bantulah saya untuk bantu safiey dan seangkatan dengan nya ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

“Dia kembali secara terang terangan untuk beraksi dalam dunianya kembali. Dulu saya buat video teguran, nasihat, minta boikot produk nya, alhamdulillah bila diboikot dia kembali kepada fitrah. Namun setelah mendapat sokongan dia kembali kepada naluri songsang nya. Jika ditegur dia akan kata dia tertekan dan kemurungan.”

Bagaimanapun, PU Amin juga dilihat mempersoalkan keberkesanan produk keluaran usahawan tersebut kerana hasil yang dipamerkan oleh Safiey adalah palsu.

PU Amin Seru Orang Ramai Boikot Produk Safiey Illias

“Hakikatnya dia kembali menonjolkan diri untuk membantu produknya terus laris. Yang kita pelik kenapa ada yang membeli produknya, produk untuk kulit cantik, tapi kulitnya juga bukan asli wanita.”

Rentetan itu, PU Amin secara tegasnya meminta wanita dan pembeli produk usahawan tersebut supaya tidak tertipu dan terpedaya, malah tidak kertinggalan menyeru orang ramai untuk memboikot segala produk yang diusahakan Safiey supaya sedar akan segala perbuatannya itu adalah salah.

PU Amin Seru Orang Ramai Boikot Produk Safiey Illias

“Maka saya seru dan mohon semua rakyat malaysia, insan yang berakal dan berakhlak mulia akan terus dan kembali boikot segala jualan produknya. Maklum kan pada semua orang bahawa produknya perlu diboikot segera, agar dia sedar dan berubah.”


One response to “PU Amin Seru Orang Ramai Boikot Produk Safiey Illias”

  1. Anonymous says:

    Pu ni hati dan perut sangt hitam dan busuk…memang safiey tu tersasar dri jln benar tapi rezeki dari Allah swt,ingat tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...