Pendakwah bebas, PU Amin, tampil memberikan penerangan mengenai isu wanita yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza tanpa ditemani mahram, susulan perbincangan hangat di media sosial.
Dalam satu sesi perkongsian di sebuah stesen radio, PU Amin menjelaskan bahawa hukum asal memang melarang wanita bermusafir tanpa mahram, namun terdapat khilaf dan pengecualian yang dibenarkan oleh ulama.
Hukum asal wanita memang tak dibenarkan bermusafir tanpa mahram. Tapi ada khilaf dalam kalangan ulama.
Ada hadis Nabi mengatakan larangan musafir tanpa mahram sebab di dalamnya nanti akan hilang keamanan atau rosak keselamatan, maka mahram itu tadi akan membantu menyelamatkan wanita yang dijaga.
Menurut PU Amin, dalam keadaan tertentu agama memberi kelonggaran dan pengecualian, selagi perjalanan itu diyakini aman dan terjaga.
Yang kita percaya di dalamnya takkan ada ikhtilat, maksiat, pencerobohan dan kapal terbang pun selamat maka itulah perjalanan yang dibenarkan walaupun tanpa mahram.
PU Amin turut menegaskan, walaupun ada ulama yang berpegang kepada hukum haram, sebahagian yang lain meletakkan pengecualian.
Melihat situasi di Gaza, PU Amin berpendapat kehadiran aktivis wanita dalam misi kemanusiaan adalah sangat penting.
Sebab bila sampai di Gaza, kita tahu ada wanita-wanita yang perlu untuk disantuni dengan doktor wanita dan mesti ada pakar psikologi wanita.
Pasti ada ibu-ibu yang nak berpelukan dan meluahkan perasaan kepada aktivis wanita. Jadi apabila ada kaum wanita yang pergi, perjalanan kita lagi lengkap dan paling penting dapat restu.
Menurutnya lagi, beliau sendiri menyaksikan bagaimana ahli keluarga peserta Global Sumud Flotilla (GSF) memberi restu kepada mereka yang berangkat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.