Semalam, pihak agensi pelancongan yang membawa Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman bersama keluarga dan rakan-rakan mengerjakan umrah telah mengesahkan bahawa rombongan usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci. Ia susulan kontroversi Sajat mengenakan pakaian seperti wanita tulen dan bertelekung ketika di Makkah yang kini cukup hangat diperkatakan sehingga mendapat perhatian kerajaan.
Namun, agak mengejutkan apabila Pencetus Ummah Amin yang kini berada di Tanah Suci mengiringi jemaah sebagai mutawif, mendedahkan Sajat sebenarnya masih lagi berada di Masjidil Haram. Eh! Jadi dia tidak pernah dibawa keluar dari Makkah?
Lengkap bertudung sedang buat ibadah Saie
Jemaah lain yang mengikuti rombangan PU Amin turut menjadi saksi, mereka melihat Sajat lengkap bertudung dan sedang melakukan ibadah Saie.
PU Amin berkata berita mengenai dakwaan Sajat ditangkap dan sudah pun dibawa keluar dari Tanah Suci adalah tidak benar sama sekali.
Terdahulu, agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah Sajat berkata usahawan itu sudah tidak lagi berada di Makkah. Jurucakap agensi terbabit juga mendakwa Sajat serta ibu bapanya enggan memberikan kerjasama dan sukar diajak berbincang. Sebarang perbincangan di antara agensi pelancongan dengan Sajat hanya dilakukan melalui orang tengah, iaitu pembantu peribadinya.

Anonymous
February 4, 2020 at 6:38 pm
Dia tu sembang kat media sosial je pndai…tp tindakan zero..mengecam org bkn main hebat mcm dri tu confirm masuk syurga…dh terang2 ko tau sajat tu p laa tegur x pun bgtau kat polis sne…sembang laa PU ni…puiii….
Anonymous
February 4, 2020 at 2:13 pm
So menteri agama pun kena tipu dgn abg jat ?