Written by Bella | December 6th, 2019

Bersempena dengan keberangkatannya ke tanah suci untuk menunaikan umrah, Pencetus Ummah Abu menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video memohon maaf kepada semua pihak dan meminta netizen mendoakan perjalanan serta urusannya menunaikan ibadah umrah dipermudahkan.

pu abu tunai umrah

Gara-gara masih hangat lagi mengenai kontroversi rumah tangga Da’i Farhan, perkongsin PU Abu itu mendapat perhatian netizen.

Mereka sempat untuk menitipkan pesanan agak sarkastik terhadap pendakwah bebas itu, jangan tersangkut dengan ‘aura’ lain ketika berada di Mekah.

Netizen turut menasihati PU Abu fokus melakukan ibadah dan jangan mudah terpikat dengan wanita lain apatah lagi isterinya, Hana Azraa kini sedang hamil. Ada juga yang  menyindir PU Abu agar jangan bernikah lagi di sana.

pu abu aura lainpu abu umrahpu abupu abu hana azraapu abupu abu

Disebalik segala sindiran dan komen sarkastik, ada juga netizen yang memberikan kata-kata positif dan mendoakan agar urusan ibadah PU Abu berjalan lancar.

Terdahulu, kemelut rumah tangga PU Abu mendapat perhatian ramai apabila pendakwah bebas itu menceraikan bekas isterinya, Ain Afini  ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan memilih seorang janda anak satu iaitu Hana Azraa sebagai teman hidup baru. PU Abu dan Hana bernikah pada Mei lalu.

Sumber Berita : Astro Gempak

8 responses to PU Abu Tunai Umrah, Netizen Pesan Jangan Jumpa ‘Aura’ Lain

  1. Anonymous says:

    semoga abu dapat lagi bini baru. Aamiin.

  2. Anonymous says:

    aik, guna title PU lagi ke? ape benda yg dicetuskan kat ummah nya? mencetuskan fenomena jandakan bini, binikan janda kot!

  3. Anonymous says:

    Sorry to say la tapi rasanya hal hal dakwah tak patut dijadikan program realiti semua ni. Kalau macam hafazan, tilawah semua tu lain cerita. Nak berdakwah ni buat je la sendiri macam ebit lew semua tu. Tak payah nak buat pertandingan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini