June 8th, 2020

Hana Azraa, isteri kepada pendakwah bebas PU Abu, tampil membuat pengakuan panas dalam entri terbaru di Instagram peribadi miliknya. Ini berikutan masih ada netizen di luar sana yang membuat spekulasi mengenai status perkahwinan mereka berdua di media sosial.
Namun begitu, pendedahan kali ini ada berkaitan dengan isteri pertama PU Abu yang diceraikan iaitu Ain ‘Afini. Menurutnya dalam entri berkenaan, Hana mendedahkan bahawa mereka berdua telah berbaik semula hanya selepas dua minggu Hana dan Abu Sufyan berkahwin.

“Depa tak mahu mengaku biar I habaq. I habaq bukan sebab busy body ka apa, serius tak dak tapi sebab orang dok tuduh I yang bukan-bukan. Ya, depa dua tu masih suami isteri. Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah,”


Tindakan Hana memuat naik pengakuan tersebut dikatakan terjadi selepas PU Abu memuat naik sebuah video ucapan selamat hari jadi buat anaknya bersama Ain ‘Afini iaitu Adam Aysar. Dalam video tersebut juga, Abu turut menitipkan nama anaknya bersama Hana iaitu Mateen.

Posting Abu tersebut telah menimbulkan perasaan kurang senang segelintir pihak. Abu kemudian tampil memberi penjelasan dan meminta orang ramai supaya tidak membandingkan kedua-dua anaknya itu.

Mengimbas kembali konflik rumah tangga Pencetus Ummah Abu ini, Hana sebelum ini telah mendedahkan bahawa dia telah bercerai dengan Abu selepas melahirkan Mateen pada Januari lalu.

Dia dikatakan menjadi punca konflik dalam rumah tangga Abu dan Ain sehingga bercerai talak kedua dan menjadi buah mulut netizen apabila menjadi punca penceraian Ain yang pada ketika itu sedang sarat mengandung.


4 responses to “PU Abu Rujuk Dalam Diam Dengan Bekas Isteri, Hana Azraa Buka Cerita Sebenar”

  1. Penunggang Agamawan says:

    kesian? well padan mukaaaaa
    untuk Abu, butolah kau.
    sedap kau rasa kemutan janda smpi dia mengandung, pastu kau buat mcm bini pertama
    lanciau melayu acah islamic

  2. Anonymous says:

    patutlah cepat je bercerai rupanya dah rujuk. si hana ni taknak bermadu la kot macam aura ke 19. perampas memang jenis tak suka kongsi kot walaupon dorang yang amik hak orang

  3. Anonymous says:

    So many apps have good and bad use. But whenever people want to slander others, these social medias are the mediums to channel those slanders and shams. Perhaps it’s time to limit its usage in Malaysia.
    Banyak sgt kaki fitnah

  4. barwa says:

    manusia di akhir zaman, penjual agama, surah at taubah 9-107:
    Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...