Pendakwah bebas, PU Abu memaklumkan dia enggan dipanggil dengan gelaran Ustaz atau Pencetus Ummah kerana merasakan dirinya tidak layak untuk memegang gelaran tersebut.
Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi berkata, dia berasa dirinya tidak layak dengan gelaran tersebut kerana sering terpaling dengan kontroversi.
Menurut pendakwah berusia 29 tahun itu, gelaran itu datang dengan tanggungjawab yang besar dan dia sudah sedaya upaya menjaga gelaran tersebut.
Saya bukan ustaz dan tak selesa dipanggil ustaz, saya lebih suka kalau orang panggil Abu.
Jelasnya lagi, dia menganggap gelaran PU yang diperolehnya dalam rancangan televison, Pencetus Ummah bukan sebuah anugerah tetapi sebaliknya merupakan satu ujian baginya.
Bila ada gelaran, ibarat tak boleh buat dosa dan kena maksum. Saya akui memang berat.
Dalam pada itu, Abu mengakui ramai individu dalam kalangan ustaz yang terpalit kontroversi termasuk dirinya sendiri.
Golongan ustaz pun manusia biasa macam insan lain, tak pernah suci dari dosa. Setiap manusia, ujiannya berbeza-beza tak kiralah dia ustaz atau agamawan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.