Pendakwah bebas, Pencetus Ummah Abu (PU Abu) sering terpalit dengan kontroversi. Baru-baru ini, isterinya, Hana Azraa membuat pendedahan mengejutkan mereka sudah sah bercerai.
Mahu membuka fasa baru dalam hidupnya, Abu meminta agar netizen memberikannya peluang untuk memperbaiki diri, menjadi seorang insan yang lebih baik.
Semua manusia tak terlepas dari membuat silap dan saya pun manusia. Saya masih ada keluarga serta bapa dan akan hidup bersama mereka selepas ini.
Bagaimanapun, Abu tidak mahu mengulas lanjut mengenai keruntuhan rumah tangganya itu.
Terdahulu, turut meminta agar Abu bersikap jujur mengenai status perkahwinan mereka yang sudah berakhir agar tidak timbul sebarang salah faham atau fitnah. Dalam pada itu, Hana juga meminta orang ramai untuk berhenti bertanyakan tentang hubungan cinta bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain. Dia merayu agar soalan itu diajukan sendiri kepada tuan empunya badan.