Tindakan pendakwah bebas, Pencetus Ummah Abu (PU Abu) memuat naik video menari TikTok di laman Instagramnya telah mengundang kritikan netizen.
Menerusi kapsyen video berkenaan, Abu memberitahu bahawa dia hanya menyahut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad. Menurutnya lagi, TikTok hanya sekadar hiburan sahaja selain mampu merapatkan hubungan sesama insan.
“Aku buat ni suka-suka je. Boleh rapatkan silaturahim” – PU Abu
“Mana maruah sebagai penuntut ilmu agama, tak layak digelar PU”
Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengkritik tindakan itu tidak sesuai dengan Abu sebagai seorang pendakwah. Malah, ada juga segelintir netizen mengambil peluang ini untuk ‘menyerang’ Abu dengan bertanyakan soalan punca dia bercerai bersama bekas isteri.
Terdahulu, Abu pernah dihimpit kontroversi hangat dan menjadi bualan ramai apabila bertindak menceraikan bekas isteri pertamanya, Ain ‘Afini yag sedang sarat hamil anak sulung mereka dan memilih untuk bernikah dengan Hana Azraa. Mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.
Baru-baru ini, Hana pula tampil mendedahkan dia dan pendakwah itu sudah sah bercerai. Mereka berkahwin pada Mei tahun lalu dan dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.

Anonymous
April 13, 2020 at 12:58 pm
yg berdiri belakang budak kecik tu hensem idung mancung. PU Abu failed langsung tak hensem
minah jambu say STAY AT HOME !!
April 12, 2020 at 10:17 pm
sweet nya PU Abu main tik tok minah jambu suka…
Oyo
April 10, 2020 at 8:29 pm
Lidah tu dah kenapa?? Macam jantan miang. Masih x matang dia ni. Budak lagi. Diri sendiri x betul, bagi ceramah mcm diri tu Malaikat
Anonymous
April 10, 2020 at 7:16 pm
masuk masjid bagi ceramah ckp mcm alim ulamak. diri sendiri tak betul. kawin cerai. seluar ketat yakmat. wth!
Akk Kak Se ada
April 10, 2020 at 4:51 pm
Akk se terpanggil untuk crit brit atas muka mamat propa ni…lap mata sbb ada kacang,jagung dan kangkong atas muka gatai ko tu..akk mkn td kasi bontot akk pedih x tahan nak crit brit.maafkan daku netizen yg dihormati