PU Abu Dedah Isteri Pertama Punca Kemelut Rumah Tangga Viral Suatu Ketika Dulu – “Dia Macam ‘Triggered’ Lah”

Trending

PU Abu Dedah Isteri Pertama Punca Kemelut Rumah Tangga Viral Suatu Ketika Dulu – “Dia Macam ‘Triggered’ Lah”

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan baru-baru ini membuka cerita tentang hal rumah tangganya menerusi satu temu bual bersama rakannya, PU Amin dan PU Rahmat.

Katanya, rumah tangga seperti ada sahaja dilalui orang ramai di Malaysia ini namun apa yang membezakannya dengan pasangan lain adalah kerana dia merupakan individu yang dikenali.

Advertisement

Bezanya kita waktu itu adalah ustaz selebriti. Bila dihimpit masalah rumah tangga, yang sebenarnya saya boleh katakan adalah iman tak kuatlah untuk pertahankan rumah tangga itu sebaik mungkin.

Tapi bila saya tergelincir daripada landasan rumah tangga pada peringakat awal..masa itu baru kahwin beberapa bulan itu yang menjadi isu besar.

pu abu

PU Abu turut menjawab tentang kemelut yang melanda perkahwinannya sebelum ini di mana katanya selepas menceraikan Ain, dia telah ke Madinah bersama Hana Azra dan keluarga namun ketika itu mereka belum lagi berkahwin.

Spekulasi tercetus dan semuanya menjadi tular selepas Ain memuat naik hantaran di Instagram.

Bila saya muat IG story seolah-olah bahagia dengan Hana, jadi bekas isteri pertama ‘triggered’ lah. Belum kahwin lagi (bersama Hana) tapi masa itu saya buat story dekat Madinah. Dia ada dengan keluarga dia.

Kemudian dia (Ain) muat naik kenyataan untuk beritahu, sebab bila orang tengok IG Story di akaun saya, orang banyak bertanya kepada dia. Dia update atas dasar nak menyatakan tentang hubungan kami. Lepas itu kawan-kawan dia mention semua PU dan portal tertentu..masa itu lah jadi viral.

@langkastudio Biar jadi pengajaran #langkastudio #minmatpodcast #puabu #purahmat #puamin ♬ original sound – Langka Studio

Warganet di TikTok rata-ratanya tidak bersetuju hal rumah tangga PU Abu dibincangkan secara terbuka di media sosial kerana ia sudah lama dan seperti membuka aib.

Sesetengah berpendapat ‘geng’ ini (lahir daripada program realiti) tidak sesuai dijadikan contoh dan turut melabel mereka ‘ustaz instant’.

pu abu
1 year ago

"Saya Akan Update, Itu Saja Untuk Setakat Ni.." - PU Abu Nafi Bercerai, Hanya Buat Haluan Masing-Masing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...