PU Abu Dan Hanaa Azraa Timang Anak Kedua, Padamkan Spekulasi Rumah Tangga Bergolak

Kehidupan

PU Abu Dan Hanaa Azraa Timang Anak Kedua, Padamkan Spekulasi Rumah Tangga Bergolak

Pendakwah selebriti, PU Abu dilaporkan telah menimang cahaya mata kedua bersama isteri kedua, Hana Azraa.

Perkara tersebut dikongsikan Hanaa namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai berita gembira tersebut namun mengharapkan doa yang baik-baik buat keluarga kecil mereka.

Advertisement

Alhamdullilah. Ya saya sudah melahirkan cahaya mata kedua kami. Maaf, saya tak nak terlalu kongsi mengenai perkara itu.

Apa yang saya katakan, saya cuma mengharapkan doa yang baik-baik saja untuk keluarga kecil saya.

Hanaa sebelum ini berkongsi foto memaparkan suaminya itu sedang mencium bayi mereka dengan kapsyen berbaur terima kasih dan kesyukuran.

Terima kasih atas segalanya. Jaga diri. Kita jumpa raya nanti okay. Kami akan merindui awak, abi.

Sebelum ini, muncul spekulasi yang mendakwa rumah tangga Abu Sufyan bersama kedua-dua isterinya, Ain Afini dan Hana Azraa bakal berakhir.

PU Abu memberi bayangan tersebut menerusi satu status dan turut disahkan media yang cuba menghubungi pendakwah itu.

Sekadar info, Abu dan Hanaa mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun.

Manakala dengan Ain, mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ellie
2 months ago

"Sangat Biadab Perangai, Berkawan Baik Dengan Isterinya Tapi Bawa Balik Suami Kawan Tu Ke Rumah Berkali-Kali" - Ellie Suriaty

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...