April 22nd, 2019

Dihimpit pelbagai kecaman dan spekulasi berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isteri, PU Abu akhirnya tampil memberikan kenyataan.

Menerusi akaun Instagramnya, PU Abu memohon maaf kepada semua pihak atas kesalahan beliau menceraikan isterinya  ketika sedang sarat hamil. Apa yang berlaku kini membuatkan beliau menyesal dengan perbuatan dan ketelanjuran yang sudah dilakukannya.

Pada masa yang sama, PU Abu turut memohon maaf kepada keluarga bekas isterinya kerana bersikap tidak adil pada mereka.

Para netizen juga diminta untuk berhenti mengecam keluarganya dan keluarga mertua yang tidak terlibat dalam permasalahannya itu. PU Abu berjanji beliau akan menyelesaikan segala masalah serta kemelut yang berlaku.

Terdahulu, bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini mendedahkan bekas suaminya itu menceraikannya ketika sedang hamil kerana ingin mengejar cinta dan berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda anak satu.


92 responses to “PU Abu Akui Menyesal Ceraikan Isteri, Tampil Mohon Maaf”

  1. Nani says:

    Pengajaran bagi kita semua..tk semesti yg pakai kopia dan berjubah mereka tu baik2..lagi2 yg bergelar ustaz dimana iman nya semasa nk jatuh kan talak .makin tk yakin pd ustaz2 spt ini..tdk guna kan akal seblm mencerai kn isteri.

  2. Anonymous says:

    kesian ex wife dia…muda lagi dh janda…JAHATNYAAA ABU DGN HANA!!!

    • PUABUlelakimiang says:

      yang perampas tu janda pun sama, dah tau laki org, tgh pregnant, ko nak juga mengatal dgn laki orang. bahagia betul ko dapat rampas laki orang kan. mentang2 ko pengasas produk kecantikan, tapi awas, kuasa natizen ni dasyat, macik2 semua prihatin jenis macam ni, boikot produk u baru tau, baru abu tu cari yang kaya lagi.

  3. mael says:

    RUPA DAH LA HODOH, PERANGAI PON SAMA HODOH.

  4. Anonymous says:

    yang janda perosak rumahtangga jgn dilupa pulak…pokok takkan bergoyang kalau takde angin yg bertiup…kalau dh tau suami org yg dilayan tu kenapa???? Ni mcm izreen azminda laa ni

  5. Insan19 says:

    Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik. Harap isteri bertabah la. Mgkin ada hikmahnya. Pd bekas suami.. Anda masih bertanggungjwb kepadanya sehingga dia selamat bsalin. Dan anak tu ttp kena diberi nafkah. Jgn habis manis serpah dibuang. Mgkin bekas isteri xpunya apa2 didunia ni. Xmcm isteri skrg yg punya rupa dan harta. Biarkan la dia.. Hidup ttl kena diteruskan. Allah sentiasa ada..

Loading...