Lebih 400,000 peminjam PTPTN langsung tidak pernah bayar satu sen pun hutang pinjaman mereka.
Menurut laporan Harian Metro, Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan tunggakan bayaran kini sudah mencecah RM5 bilion, melibatkan peminjam yang telah tamat pengajian lebih 10 tahun lalu.

gambar hiasan
Ini membabitkan mereka yang dari hari pertama sehingga sekarang.
Kumpulan tegar ini selepas 10 tahun yang tidak pernah bayar sekalipun yang membabitkan 400,000 orang peminjam dengan nilai pinjaman RM5 bilion.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid menegaskan bahawa pihaknya sentiasa terbuka untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Jelasnya, PTPTN menawarkan pelan bayaran balik yang fleksibel serta opsyen penstrukturan semula pinjaman, khusus bagi membantu peminjam yang mengalami kesukaran kewangan agar mereka tidak terus terbeban.

gambar hiasan
Sekiranya mereka mempunyai tunggakan yang besar kita akan minta pendahuluan dengan jumlahnya boleh dibincangkan dengan pegawai. Kita tidak akan minta sehingga 100 peratus atau 50 peratus, ia boleh jadi beberapa bulan ansuran bulanan yang tertakluk kepada tempoh mereka tertunggak.
Kedua, jumlah yang perlu dibayar pula kita akan lihat pada slip gaji mereka dan mungkin sekitar lima ke enam peratus pada gaji bulanan. Kita juga lihat pada umur peminjam.
Katanya lagi, jika peminjam sudah berusia 40 tahun, tempoh bayaran balik boleh dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
PTPTN turut menetapkan beberapa parameter bagi menentukan kadar ansuran bulanan paling rendah yang boleh ditawarkan serta jumlah bayaran permulaan. Kebiasaannya, tempoh minimum bayaran adalah antara tiga hingga enam bulan ansuran.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.