June 20th, 2012

Abang Nara seorang yang tak berapa pandai untuk membuat money management. Kadang-kadang sebelum gaji masuk, terpaksa pinjam duit dengan kawan-kawan untuk survive. Namun prinsip Abang Nara dalam bab pinjam-meminjam ini ialah bayar balik duit yang dipinjam secepat mungkin.

ptptn

Sebab itu Abang Nara agak pelik dengan isu yang timbul tentang PTPTN baru-baru ini. Bagi Abang Nara, konsepnya sama dengan kita pinjam duit kawan kita. Takkanlah dah pinjam duit tapi tak nak bayar balik? Itu bukan saja memalukan diri sendiri tetapi menyusahkan kawan kita. Lebih-lebih lagi dengan duit pembayaran balik ini akan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyambung pelajaran ke universiti.

ptptn

Ramai kawan-kawan Abang Nara bila ditanya kenapa taknak bayar balik pinjaman PTPTN mereka, diorang berkata yang kadar faedah yang dikenakan tinggi sangat. Sebenarnya itu adalah auta dan bukannya fakta. PTPTN hanya mengenakan upah 1% sebagai kos pengurusan berasaskan sistem kewangan Islam. Mesti anda tak tahu tentang fakta ini kan?

ptptn

Banyak lagi fakta-fakta menarik dan yang betul mengenai PTPTN. Abang Nara pun baru tahu je. Cuba korang baca kat bawah nie:-
ptptn
ptptn
ptptn
ptptn

Mesti ramai yang tak tahu fakta-fakta yang Abang Nara dah kongsikan kat atas tue kan? Abang Nara minta sama-samalah kita renungkan perkara nie. Ini ada satu lagi fakta yang SANGAT PENTING Abang Nara nak kongsikan dengan anda semua:-
ptptn
Abang Nara rasa, semua yang belajar pastinya mahukan keputusan cemerlang. Jadi nasihat Abang Nara belajar sungguh-sungguh, dapat first class dan tak perlu bayar balik PTPTN. Senang je kan?
ptptn
Bagi Abang Nara senang je, dah pinjam kenalah bayar balik. Tak kiralah duit member ke, duit mak bapak ke, duit awek ke atau duit PTPTN. Lagipun Abang Nara rasa semua yang pinjam duit PTPTN nie dah sign agreement sebelum bersetuju untuk terima bantuan. Bayarlah balik supaya suatu hari nanti anak kita sendiri dapat gunakan PTPTN untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti.

Nasihat Abang Nara kalau nak cari fakta, tanya pada yang pakar. Mudah sangat layari je http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/13/pembiayaan-pendidikan-perbadanan-tabung-pendidikan-tinggi-nasional-ptptn/


753 responses to “PTPTN Dan Fakta Sebenarnya”

  1. akmal says:

    korang diberi pinjam duit korang sendiri, pastu korang kena bayar lebih, apasal mara ok jer xpayah nak riba2 pun, ok jer hidup jer…
    duit tu duit KITA…so hak KITA,
    yang bodoh siapa, hari nie…tngk yang pegang negara siapa
    senang sngt jadi kaya, kumpul duit dari kecik ke,….haha
    anak beranak, cucu pemimpin lepas2, buta ker…anak Mader, siapa arinie???
    pegang jawatan apa, Mirzan, Mukriz…Petron semua tu… buta ke apa???
    apa jadi pada Pak Lah…..lupa dah…or buat2 lupa….
    Pak Lah cuba nak ubah negara…apa Mahathir buat pada Pak Lah?? lupa….
    konsesi2 yang untung, KITA habuk…
    Aku belajar dekat uitm, aku dapat subsidi kerajaan,
    Sbb Universiti Ini Tolong Melayu,…tapi bagi member2 aku yang blajr di U lain,
    HARAM,….ada orang cakap uitm buat orang dalam negara jadi miskin…x pun,
    HUTANG NEGARA MENIMBUN SEJAK SIAPA PEGANG MENTERI KEWANGAN….(last 1998) klu ckp pasal ekonomi merosot, aku pun bljr bidang tu…kesimpulan apa yang aku dapat, Tindakan BN memang bangang,
    Dowg makan nasi, kita makan kerak jer,
    Meningkat 400%….hutang, so which one you say PTPTN ok…
    Assalamualaikum
    fail…sekali ngan admin nie sekali,

    • Anonymous says:

      btol2

    • tak setuju says:

      bagus kajian kau..
      dan, kalau kau boleh mengkaji keburukan kerajaan sedalam-dalamnya sampai lapisan ketujuh bumi, apa kata kau gunakan akal kau yang cerdik tu untuk kaji kebaikan yang kerajaan dah buat..boleh kan?takda masalah kan?
      kemudian kau bandingkan dan buatlah kesimpulan dengan menggunakan akal positif kau..aku caya kat kau..

    • akmal yang sengal says:

      buat akmal: ko ni kata blaja U tapi bodoh..ko xtau ke Mara tu dia mmg ada duit dia sendiri..PTPTN diaorg pun pinjam bank la bangang..! sapa nk tanggung kos dia byr kat bank??mangkuk ayun la ko ni..lain kali kalau x mampu nak bayar jgn la meminjam..manusia bangang la ko ni..wat menyusahkan idup je.. ni la dia melayu yg asyik nak senang je..pakai kredit kad kena interest beribu riban bole pulak..org kata kalau da meminjam tu bayo je la..

  2. maqram says:

    ini la namanya kerajaan yang meniaga dengan rakyat sendiri, semua nak cari untung. Bagi pihak swasta (kroni je pn) tubuhkan kolej smpai beratus2 kat Malaysia ni. then cara nak cari untung= ‘pinjaman ptptn disediakan bagi yang layak’.
    pastu ptptn bagi duit kat student, student bayar yuran, kolej dapt fulus masyuk kerajaan dapat interest, student dapatla kerja g ntah ape2( tu pn kalau nasib baik dpt) dengan guna dorang pnye diploma or digree yg x competitive langsung. pecaya la…ni semua adalah bussiness…very serious bussiness… fuck BN, undilah Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan bersama…..hahahahahaha

  3. pembayar ptptnp says:

    sapa yang tak pinjam, tak terlibat dgn ptptn xyah sembang. Aku pinjam ptptn 35k sebab terpaksa, org miskin, arwah mak sakit. Pas dah grad, menganggur xde keja, mcm2 masalah nk dpt keja. Lepas dpt keja 6 thn lepas, aku start byr rm250/bulan tak miss = 250 x 12 x 6 dah berapa k tuh?. Tp aku check baki april 2012 ada lagi 31k++ apekejadah??? Masa buat scheme tu dulu ada ambik kira berbagai situasi pembayaran yang akan berlaku? Ingat lg masa thn 1 tu uni xnak keluarkan slip periksa sbb x byr yuran lagi. Terpaksa jumpa pendaftar apa semua aku simpan surat hutang tu sampai hari ni. X terdesak ke nk kena ambik ptptn masa tu? Jpa pun tiba2 xde quota dah. Sekarang sbb prinsip aku adat berhutang kena bayor, aku byr lg x miss. Aku rasa aku kena bayor ptptn ni sampai mati kot, sebab tak habis2. Tp kalau ikut tanggungjawab kerajaan jaga kebajikan rakyat, aku tak halal satu sen duit yg aku terpaksa bayor lebih. Bg yg komen ikut sedap mulut, tak mengalami sendiri, sendiri mau ingat.. Bodoh gile

  4. cekedis says:

    sape yg mak bapak dorang kaya boleh la xamik ptptn..masuk je sem baru, mak bapak dh stanby duit bkepuk2 bg kt ank tersyg utk belajar ,tp bg famili yg miskin n susah nih cmner ? ptptn la harapan dorg..tp bg aku la kan, klo bg education free sekali pn, tp klo malas tahap gaban pn xguna. tgk ler brape ramai grade, tp klo tgk pointer, hampeh..pastu duk lepak kt umah perabes duit mak bapak lg n buat keje yg xbmoral..lebey truk lg, MEMILIH KERJA..nak ikut kelulusan yg dia amik WPUN result xgempak..fikir2 kan lah smua nya…

  5. cekodok says:

    alhamdulilah masa aku belajar dulu takde wujud PTPTN ni, masuk ITM bayar yuran cuma rm90 satu semester (sbb bapa dah pencen) lps makan sponosr, tmpt tinggal disediakan. Duit cuma guna dari pinjaman SUK satu semester dpt la RM500. Hutan SUK RM2500 dah selesai bayar lps setahun bekerja, langsai semua terus sbb takmo hutang2 ni. Dah kerja sambung degree buat part time guna duit sendiri. Ni dah ada anak simpan duit utk education dia so nnt tak payah susah2 pinjam PTPTN ni. Budak2 sekarang habis belajar berhutang sana sini. Dah kerja terus buat loan kereta. nak kawin buat personal loan. Hidup dengan berhutang. harap anak2 kita tak jadi cam tu. Kena didik dari awal

Loading...