June 20th, 2012

Abang Nara seorang yang tak berapa pandai untuk membuat money management. Kadang-kadang sebelum gaji masuk, terpaksa pinjam duit dengan kawan-kawan untuk survive. Namun prinsip Abang Nara dalam bab pinjam-meminjam ini ialah bayar balik duit yang dipinjam secepat mungkin.

ptptn

Sebab itu Abang Nara agak pelik dengan isu yang timbul tentang PTPTN baru-baru ini. Bagi Abang Nara, konsepnya sama dengan kita pinjam duit kawan kita. Takkanlah dah pinjam duit tapi tak nak bayar balik? Itu bukan saja memalukan diri sendiri tetapi menyusahkan kawan kita. Lebih-lebih lagi dengan duit pembayaran balik ini akan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyambung pelajaran ke universiti.

ptptn

Ramai kawan-kawan Abang Nara bila ditanya kenapa taknak bayar balik pinjaman PTPTN mereka, diorang berkata yang kadar faedah yang dikenakan tinggi sangat. Sebenarnya itu adalah auta dan bukannya fakta. PTPTN hanya mengenakan upah 1% sebagai kos pengurusan berasaskan sistem kewangan Islam. Mesti anda tak tahu tentang fakta ini kan?

ptptn

Banyak lagi fakta-fakta menarik dan yang betul mengenai PTPTN. Abang Nara pun baru tahu je. Cuba korang baca kat bawah nie:-
ptptn
ptptn
ptptn
ptptn

Mesti ramai yang tak tahu fakta-fakta yang Abang Nara dah kongsikan kat atas tue kan? Abang Nara minta sama-samalah kita renungkan perkara nie. Ini ada satu lagi fakta yang SANGAT PENTING Abang Nara nak kongsikan dengan anda semua:-
ptptn
Abang Nara rasa, semua yang belajar pastinya mahukan keputusan cemerlang. Jadi nasihat Abang Nara belajar sungguh-sungguh, dapat first class dan tak perlu bayar balik PTPTN. Senang je kan?
ptptn
Bagi Abang Nara senang je, dah pinjam kenalah bayar balik. Tak kiralah duit member ke, duit mak bapak ke, duit awek ke atau duit PTPTN. Lagipun Abang Nara rasa semua yang pinjam duit PTPTN nie dah sign agreement sebelum bersetuju untuk terima bantuan. Bayarlah balik supaya suatu hari nanti anak kita sendiri dapat gunakan PTPTN untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti.

Nasihat Abang Nara kalau nak cari fakta, tanya pada yang pakar. Mudah sangat layari je http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/13/pembiayaan-pendidikan-perbadanan-tabung-pendidikan-tinggi-nasional-ptptn/


753 responses to “PTPTN Dan Fakta Sebenarnya”

  1. AwekCunKalahNeelofa says:

    Masaelahnye skrg, sape mampu tk pyh la apply ptptn, sape tak mampu nk taknak terpaksa apply.
    Org2 marhaen mcm aku ni mmg tkde choice kene jgk apply, dan aku tkde la mls bljr cuma tkde rezeki nk dpt biasiswa.
    Sedap molot je ckp org tknk study elok2.
    Skrg kerja tetap susah nk dpt.
    Nk byr blk pn rasa terhegeh2 je.
    Bkn tk usaha.
    Jgn dok kira org bodoh ke mls bljr ke tkde confident level time interview ke.
    Mslh skrg mslh diskriminasi.
    Yg kaya makin kaya, yg kayap makin kayap.
    Pendek kata, sistem tak bersih.
    Lu fikir la sendirinye pon adoii.
    Jaga2, semua dlm perhatian Allah.
    Sekian.

  2. champion says:

    kesimpulannya, siapa yang pinjam PTPTN , kemudian grad dengan 1st class degree (3.67 ke atas ye..bukan start dri 3.50)

    kemudian dia tak payah bayar balik..senang dapat kerja sebab pointer tinggi..
    dialah orang yang PALING BIJAK SEKALI.. kerana,

    1)beruntung sebab guna duit ptptn, tidak perlu bayar balik
    2) tidak termakan janji pembangkang yang takkan pernah jadi walaupun dalam mimpi, dan juga
    3)tak dikencing oleh kerajaan seperti yang anda semua war-warkan..

    Akhir kata, orang Islam yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan berjaya adalah orang yang dicintai Allah s.w.t.

  3. kecoh says:

    RUGI KONON BAYAR 1 %..KERAJAAN LAGI RUGI SEBAB BAGI TEMPAT BELAJAR KAT MANUSIA-MANUSIA YANG TAK RETI BERSYUKUR, PULAK TU PEMALAS!!
    RAMAI LAGI ORANG YANG LAYAK MASUK UNIVERSITI..TAPI KERAJAAN NAK BANTU ANAK-ANAK MELAYU JUGAK. RESULT TAK SEBERAPA PUN DAPAT MASUK U. HASILNYA, KELUARLAH ANAK-ANAK BANGSA MELAYU YANG KUFUR NIKMAT DAN HIDUPNYA YANG TAK BERKAT SEBAB 24JAM ASYIK MERUNGUT DENGAN KETENTUAN ALLAH.
    YANG BISING SANGAT KENA BAYAR KENAPA? DULU MASA BELAJAR TAKNAK PULAK BISING POINTER TAK SAMPAI 3.67!! SEKARANG KENA CUCUK DENGAN PEMBANGKANG SIKIT, DAH HILANG ARAH. MASA DAPAT AGREEMENT DULU BOLEH PULAK SETUJU DENGAN CAS 3%..3% OKAY! NOW DAH UJRAH, JADI 1%..DAH SIGNED AGREEMENT MAKNANYA DAH SETUJU DENGAN KERUGIAN YANG DITANGGUNG! SUSAH SANGAT KE NAK FAHAM?

Loading...