“PT3 Akan Dimansuhkan Mulai Tahun Ini” – Menteri Pendidikan

Berita

“PT3 Akan Dimansuhkan Mulai Tahun Ini” – Menteri Pendidikan

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini.

Menurut laporan Astro Awani, pengumuman itu telah dibuat ketika sidang akhbar khas di kementeriannya, hari ini.

Advertisement

Jelasnya, sewaktu sebelum pandemik, PT3 adalah dilaksanakan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan untuk murid-murid dan peperiksaan dilaksanakan di bawah kawalan sekolah dan hari ini membuat keputusan bahawa PT3 akan dimansuhkan mulai tahun ini.

menteri

Apakah akan ada PT3 untuk tahun 2022? Jawapannya pada 2022 PT3 dimansuhkan. Jadi mulai tahun ini tidak ada PT3.. ia dimansuhkan.

Menurut beliau, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan PT3 bagi pelajar tingkatan tiga.

Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar.

pt3

Dalam pada itu, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata bank soalan untuk semua mata pelajaran bagi ujian akhir sesi akademik melibatkan pelajar peringkat menengah rendah akan disediakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Lapor Kosmo.

Ia melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

Tambahnya lagi, ini dapat mengurangkan kesukaran guru-guru untuk menyediakan kertas soalan di sekolah-sekolah, selain memastikan pihak kementerian dapat menerima maklumat yang lebih tepat bagi membuat analisa data-data terhadap lebih 5 juta murid di seluruh negara.

remaja dirogol sejak 11 tahun
3 years ago

Pelajar Pengsan Di Sekolah, Terbongkar Rupanya Jadi Mangsa Lempia Nafsu Bapa Kandung Sejak Darjah 5

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...