Pssttt.. Nak Tahu Rahsia Cantik Luar Dan Dalam? Nah, Tips Untuk Anda!

Hiburan

Pssttt.. Nak Tahu Rahsia Cantik Luar Dan Dalam? Nah, Tips Untuk Anda!

Kecantikan wanita itu adalah suatu yang subjektif, apalagi kecantikan dari luar, dimana terdapat banyak definisi mengikut pandangan seseorang.

Namun apa sebenarnya itu definisi cantik pada wanita pada zaman kini? Ini kerana setiap orang pastinya mempunyai kekurangan dan kelebihan pada diri masing-masing.

Advertisement

kecantikan masing-masing

Kecantikan fizikal atau luaran sememangnya mampu menarik perhatian siapa sahaja yang melihatnya, namun ada kecantikan yang lebih semulajadi dan abadi iaitu inner beauty. Semua wanita, tidak kira warna kulit, bentuk tubuh akan tampak cantik jika memiliki inner beauty.

Inner beauty atau kecantikan dalaman adalah sesuatu yang berkaitan dengan bagaimana sikap anda, bagaimana anda menghadapi orang lain, dan juga kebaikan hati anda.

Hakikatnya, apakah maksud sebenar kecantikan pada diri seorang wanita?

Kecantikan luaran dan dalaman

cantik luar dan dalam

Kecantikan seorang wanita itu adalah dari luaran dan dalaman yang membentuk personaliti seseorang menjadikan diri mereka menarik untuk kelihatan cantik.Jika seorang wanita itu mempunyai kecantikan pada wajah itu adalah satu bonus tetapi ianya bukan segala-galanya kerana ianya satu pakej kelebihan untuk seorang wanita itu.

Selalu beri bantuan pada orang

fara fauzana beri bantuan

Murahkan hati untuk selalu membantu orang yang memerlukan bantuan kita. Sama ada daripada wang ringgit ataupun tenaga. Ringankan tulang dan jadilah wanita yang murah dengan bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan.
heliza bantu orang
Disamping, anda dapat meringankan beban mereka, mampu memupuk hati dan sikap yang baik dalam diri anda.

Sentiasa bersyukur

sentiasa bersyukur pada tuhan

Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Jika anda sering melihat orang lain tanpa perasan kehadiran diri sendiri, anda akan berasa rendah diri dan lupa ada banyak lagi perkara yang perlu bersyukur.Jika anda sering bersyukur pada tuhan yang esa, semakin banyak anda akan rasa dicintai olehnya. Dengan mudah anda akan mudah memancarkan kecantikan dari dalam yang tidak akan hilang walau dimakan usia.Saat kecantikan luaran bakal hilang seiring dengan waktu, kecantikan yang berasal dari dalam tidak akan hilang.

Kesihatan Kulit

tak pentingkan kesihatan muka

Rata-rata wanita lupa untuk menjaga kesihatan kulit agar kekal segar dan sihat. Amalkanlah Flavettes minuman vitamin C untuk mendapatkan kulit yang bersih dan glowing setiap hari.

flavettes effervescent glow twin pack

Jika kulit wajah anda sentiasa mendapatkan vitamin C barulah anda boleh kelihatan cantik meskipun sudah tanggalkan mekap.Bagi wanita yang sering mengadu kulit wajah suram, tidak bermaya, tidak glowing inilah masanya anda memiliki kulit sihat hanya dengan mengamalkan Flavettes Effervescent Glow. Flavettes Effervescent Glow mengandungi Vitamin C, E dan Glutathione yang menjadi bahan aktif untuk menjadikan kulit anda glowing.

Mengandungi Vitamin C dengan tambahan Glutathione dan Vitamin E iaitu agen antioksidan yang sangat berkesan, Flavettes Effervescent Glow menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi anda.

segarkan kulit semula jadi anda

Flavettes Effervescent Glow sangat bagus untuk menentang tindakan radikal bebas. Pada masa yang sama, Flavettes Effervescent Glow membaiki sel-sel kulit serta mencerahkan kulit dari dalam.

Amalkan Flavettes Effervescent Glow, kulit anda akan nampak lebih licin, tegang, cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Anda boleh menikmati khasiat Flavettes Effervescent Glow pada bila-bila masa serta di mana sahaja anda berada. Caranya sangat mudah, larutkan Flavettes Effervescent Glow ke dalam segelas air pada suhu bilik.

Kecantikan dalaman akan terserlah secara semula jadi selepas Flavettes Effervescent Glow diamalkan secara konsisten. Vitamin E dan glutathione juga boleh bertindak sebagai pemulihan pada sel-sel kulit.

Kena yakin dengan diri sendiri

yakin dengan diri sendiri untuk kekal cantik

Kecantikan wanita itu lebih terserlah apabila mereka yakin dan selesa dengan diri sendiri. Kecantikan sebenar akan terpancar bermula daripada hati bersih dan fikiran tenang.Jika seorang wanita mempunyai keyakinan pada diri yang tinggi, walaupun secara luarannya tidak sempurna, orang lain akan menangkap kecantikannya dari dalam.

wanita kena yakin dengan diri sendiri

Keyakinan dan rasa percaya pada diri ini akan mengalahkan wanita yang secara luarannya cantik, tetapi tiada keyakinan diri. Semua wanita lahir dengan kecantikan yang tersendiri, namun tidak semua orang boleh melihatnya. Jadi, tonjolkan kecantikan asli anda dengan rasa percaya pada diri.

Oleh itu, Flavettes telah mengadakan sebuah program Flavettes Glowing Star 2019 yang disokong oleh wanita untuk mempamerkan kecantikan dalam bagi memperkasakan mereka demi mencapai impian dan juga inspirasi.

Kini Flavettes Glowing Star 2019 akan merealisasikan impian 5 wanita dari pelbagai bidang seperti Bakeri, Perniagaan, Sukan & Kesihatan, Solekan dan Persembahan untuk menggapai potensi sebenar mereka!

Objektif Flavettes Glowing Star 2019 adalah untuk menyerlahkan keyakinan dan potensi diri yang ada dalam diri 5 orang wanita ini, kerana kecantikan bukan terlihat sekadar di luaran sahaja!

Aspirasi kejelitaan semula jadi menyerlah menerusi karisma, sifat yakin diri, tubuh badan yang sihat serta penampilan yang berseri.

aspirasi kecantikan diri bermula dari karisma diri
Lebih hebat, mereka akan dibimbing oleh mentor-mentor selebriti berpengaruh dalam industri.

Mentor-mentor ini akan memberi inspirasi dengan tips-tips berguna untuk mencapai matlamat dan yang paling penting untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam rancangan realiti.

5 wanita yang terpilih menyertai Flavettes Glowing Star 2019 akan menghadiri bootcamp serta pengambaran bagi rancangan ini.

Jadi siapakah 5 mentor-mentor selebriti yang cukup berbakat ini?

Apa yang menariknya, 5 wanita ini akan dibimbing oleh 5 selebriti yang berpengaruh dalam industri iaitu Dato Fazley Yaakob, Awal Ashaari, Nadia Brian, Ps Mansur dan Elyana.

Dato Fazley Yaakob (Bakeri)

dato fadzley yaakob

Bidang bakeri

Rata-rata golongan wanita sekarang menjadikan hobi mereka dalam bidang bakeri sebagai satu punca pendapatan dan dengan hobi mereka ini dapat menjadikan ia sebuah perniagaan.
bidang bakeri jadi perniagaan

Golongan wanita yang ingin menceburi bakeri sebagai bidang perniagaan perlu memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu kreatif dan inovatif dalam memilih bidang perniagaan, mempunyai impian yang besar dan sentiasa mengamalkan sikap mahu belajar.

Jadi mentor untuk bidang bakeri yang dipilih sangatlah sesuai untuk membimbing calon dalam bidang bakeri iaitu Dato Ahmad Fadzli Yaakob.
dato fadzley bakeri

Dato Fadli adalah selebriti chef yang cukup berbakat di Malaysia. Beliau berbakat dalam bidang bakeri kerana pernah menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012. Oleh kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang bakeri, Dato Fazley berusaha meneruskan pelajaran dalam jurusan kulinari dan lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris).

Beliau sering berkongsi resepi masakannya di akaun Instagram miliknya. Kini beliau berjaya memiliki restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan “From Rembau to Paris”.

Jadi calon bakeri yang menyertai Flavettes 2019 akan dibimbing oleh seorang chef selebriti yang cukup hebat di Malaysia. Dengan itu mereka akan memperoleh pelbagai ilmu dalam bidang kulinari dan juga perniagaan.

Awal Ashaari (Perniagaan)
awal ashaari

Bidang perniagaan

Ramai usahawan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan hasil daripada peluang yang ada dalam perniagaan internet. Zaman berubah dan dunia menjadi semakin pantas dan maju. Internet membuka banyak peluang perubahan kepada mereka yang mahu berubah.

Sejak terbukanya peluang perniagaan internet, ia menjadi salah satu lagi pilihan yang mungkin paling baik setakat ini dalam banyak-banyak pilihan untuk memulakan perniagaan.

memulakan perniagaan

Kini wanita juga boleh menyertai bidang perniagaan hanya dari rumah atau dimana-mana sahaja hanya dengan ilmu dan keyakinan yang ada dalam diri mereka untuk berjaya.

Daripada bidang lakonan dan juga bidang fesyen, Ahmad Awaluddin Ashaari bukan hanya menjadi ikon fesyen tetapi menjadikan minatnya yang mendalam terhadap fesyen sebagai sebuah perniagaan.

Bukan itu sahaja, Awal Ashaari telah dipilih menerima Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh oleh Entrepreneur Insight kerana berniaga dalam bidang penyiaran dan hiburan.
Awal ashaari terima anugerah 100 usahawan muda

Bukan itu sahaja Awal Ashaari juga mempunyai perniagaan butik, minyak wangi dan produk lain kerana beliau amat menggemari fesyen.

Dengan itu calon Flavettes 2019 yang dibimbing oleh Awal Ashaari akan mempelajari bidang perniagaan dengan rasa yakin menjadikan minat mereka sebagai sebuah perniagaan.

Nadia Brian (Sukan dan Kesihatan) 
Nadia Brian

Sukan dan kesihatan
wanita bersenam
Tak ramai sebenarnya golongan wanita dibandingkan dengan lelaki yang terlibat dalam bidang sukan. Malah wanita yang disifatkan sebagai golongan yang lemah lembut dikatakan tidak sesuai dengan aktiviti sukan yang lasak dan berpeluh-berpeluh.

Namun, pada zaman sekarang wanita yang terlibat dalam sukan. Sama juga dengan Nadia Brian seorang pelakon yang mempunyai personaliti yang nampak lembut tetapi amat mementingkan penjagaan kesihatan dan sering bersukan dalam kehidupannya.

wanita yang terlibat dalam sukan

Kini beliau sangat bergiat aktif dalam sukan zumba yang menjadi minatnya. Bukan itu sahaja beliau juga sering dijadikan sebagai idol dalam bidang ini oleh peminatnya. Walaupun beliau tiada masa, tetapi tetap juga berzumba agar kecantikan dan personaliti terus dijaga olehnya.
giat terlibat dalam bidang zumba

Ps Mansur (Solekan)
bidang persolekan

Bidang solekan

Minat terhadap seni solekan dan fesyen banyak mengubah wanita menjadi kreatif, tapi cukup optimis dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

Bidang kecantikan mempunyai graf persaingan yang cukup tinggi, dimana terdapat ramai wanita di luar sana yang mencuba nasib dalam bidang solekan dan itu menjadi antara bukti bahawa setiap kerjaya tidak mungkin lari daripada persaingan.

Bukan itu sahaja, sekarang juga menjadi trend, di mana orang teruja mahu menjadi jurumekap artis. Sebagai jurusolek mereka tidak hanya mampu menatarias pelanggan yang sudah sedia cantik, tetapi perlu kreatif membantu mereka yang bermasalah.
Ps Mansor

Jadi calon Flavettes 2019 dibawah bimbingan Ps Mansur dapat mempelajari ilmu solekan daripada beliau yang sangat berpengalaman sebagai jurusolek produksi drama selama 10 tahun dan pernah mendandan beberapa pelakon popular seperti Ayda Jebat, Tasha Shilla, Anzalna Nasir dan Jihan Muse.
juru mekap set drama

Dengan itu, calon flavettes bukan hanya belajar ilmu bersolek tetapi mendapat idea lebih kreatif pada zaman sekarang.

Elyana (Persembahan)

Bidang Persembahan

Jika dilihat secara kasar, masyarakat kita selalunya didedahkan dengan pemahaman ahli muzik adalah mereka yang kurang berpelajaran, atau tidak berpendidikan tinggi.

Namun hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa bidang muzik itu sendiri adalah satu bidang yang luas dan merangkumi banyak perkara.

Menyanyi bukannya sekadar hobi tetapi sebuah muzik yang perlu didalami dan dipelajari untuk terus yakin dan berjaya dalam bidang muzik.

Dalam mendalami muzik, seseorang perlu ikhlas dalam muziknya agar maksudnya sampai. Bidang muzik juga adalah satu peluang untuk calon Flavettes jadikan kerjaya dalam bidang ini.
Elyana bidang muzik

Elyana adalah seorang penyanyi yang sangat berkeyakinan diri walaupun menghidap kanser limfoma sejak 8 tahun yang lalu. Elyana cukup tabah melalui apa sahaja dalam hidupnya sama seperti bidang nyanyian dan lakonannya yang ada turun naik.

Elyana merupakan seorang penyanyi Malaysia yang mula menceburi dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun sehingga sekarang. Elyana telah menerbitkan pelbagai album dari umurnya 14 tahun lagi.
elyana menyanyi
Apa yang anda perlu tahu, Elyana memperjuangkan genre muzik pop, balada, R&B dan pop rock sehingga sekarang walaupun mempunyai kanser.

Kini beliau masih bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan kerana semangat yang ada dalam dirinya mampu diberikan kepada calon Flavettes dibawah bimbingannya.
Elyana tetap aktif dalam nyanyian dan lakonan

Antara lagunya yang menjadi hits ialah Niat, Rela, Ironi, Tak Mencapai Akalmu, Kalis Rindu dan Molek.

Jadi, apa kata anda saksikan sendiri 5 wanita dalam Flavettes Glowing Star 2019 serlahkan keyakinan diri mereka dalam bakat masing-masing, dengan menonton Flavettes Glowing Star 2019 di Astro Ria setiap hari Rabu jam 6.30 petang mulai 11 September ini ya!

Apa yang menariknya?

Setiap minggu anda semua akan melihat 5 wanita dalam rancangan realiti Flavettes Glowing Star 2019 memaparkan bakat mereka dalam beberapa episod yang ditayangkan pada setiap hari Rabu.

Untuk episod pertama anda semua akan melihat wanita yang mempunyai kemahiran dalam bidang bakeri, episod 2: Mekap, episod 3: Perniagaan, episod 4: Sukan dan Kecantikan dan episod 5: Persembahan.

5 wanita yang menyertai Flavettes Glowing Star 2019 bukan hanya berbakat, tetapi cantik luar dan dalam.

Flavettes Effervescent Glow, kecantikan anda yang meningkatkan keyakinan dan dirumus secara unik untuk menyokong wanita lebih bersinar dan kelihatan cantik dengan menjadi lebih sihat dan yakin kepada diri. Kecantikan datang dari dalam, merealisasikan aspirasi wanita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...