Pseudoscience Watch Kongsi Cerita Terbaru Bayi Kembar Jadi Mangsa Ajaran ‘Doula’ Homebirth

Trending

Pseudoscience Watch Kongsi Cerita Terbaru Bayi Kembar Jadi Mangsa Ajaran ‘Doula’ Homebirth

Dalam dunia serba moden ini, kebanyakan wanita yang ingin melahirkan akan melahirkan bayi mereka di hospital atas faktor keselamatan. Namun di Malaysia, terdapat satu pergerakan yang baru muncul beberapa tahun kebelakangan ini kelihatan aktif di media sosial memperjuangkan ‘homebirth’ atau kelahiran bayi di rumah kerana beberapa faktor.

13051726_1229683700375905_2182678457832412228_n

Gambar Hiasan

Antaranya kerana tidak mahu doktor lelaki melihat aurat wanita, dan yang utama sekali mereka menganggap proses melahirkan anak di hospital yang dibantu ubat dan mesin ialah satu campurtangan yang tidak alami. Alasan mereka juga, ‘orang dulu-dulu lahirkan anak di rumah, elok saja?’.

Advertisement

Pseudoscience Watch, satu laman Facebook yang  membongkarkan falasi dan salah informasi mengenai sains telah menceritakan satu kes terbaru mengenai bayi kembar yang menjadi mangsa ‘ajaran sesat’ homebirth.

Kami ingin berkongsikan satu cerita yang baru sahaja terjadi di satu pulau dalam kawasan Malaysia.

Satu pasangan yang telah mendapat maklumat yang salah (misinformed) bertekad untuk menolak sebarang intervensi ketika mengandung dan bersalin. Dan mereka juga merancang untuk melahirkan anak mereka di rumah.

Ini sudah tentu merupakan ajaran doula yang tidak tahu apa-apa mengenai masalah ibu mengandung. Bagi mereka, semua ibu mengandung tidak akan mempunyai apa-apa masalah jika ikut saranan mereka. Sedangkan kami sudah banyak kali membongkarkan kes-kes teruk melibatkan ibu bapa yang mengikuti ajaran Doula yang sesat.

Kita berbalik semula kepada kisah tadi. Ianya bermula apabila ibu tersebut mengandungkan anak kembar (twin pregnancy) untuk kandungannya yang pertama kali. Sepanjang awal kandungan tersebut, tiada masalah. Sampailah ketika usia kandungan tersebut mencapai 30 minggu, bayi dalam kandungan itu telah ‘diimbas’ oleh doktor pakar dan mendapati salah satu bayi tu lebih kecil dari pasangannya.

Sedikit penjelasan bahawa bayi itu mungkin mengalami twin to twin transfusion syndrome di mana ianya terjadi pada pasangan bayi yang berkongsi satu uri (placenta) . Perkara ini adalah sesuatu yang tidak normal dan mungkin akan meragut nyawa bayi jika tidak dirawat dengan  betul.

Pada ketika itu, doktor pakar tersebut memberi cadangan yg sangat bernas iaitu untuk memberikan suntikan dexamethasone kepada ibu untuk mematangkan paru-paru bayi tersebut. Ini kerana mereka risau jika kesihatan bayi di dalam kandungan terjejas, pembedahan mungkin diperlukan untuk menyelamatkan pasangan kembar tersebut.

Tetapi dengan mentahnya mereka menolak suntikan itu. Kata suaminya, dia telah solat sunat istikharah dan pilihannya adalah untuk menolak suntikan tersebut. Maka baliklah mereka ke rumah atas keputusan yang mereka buat sendiri.


Ketika sampai 30 minggu umur kandungan itu, ibu tersebut mula merasakan contraction. Ianya berlaku semakin kerap dan kuat menandakan ia hendak bersalin. Seharian dia menunggu di rumah tanpa ingin membawa dirinya ke hospital. Sedangkan di hospital, wujud ubat yang boleh memberhentikan contraction tersebut.

Mungkin dia takut apa-apa bahan kimia akan disuntik ke dalam dirinya. Padahal ubat yang akan diberi kepada setiap pesakit bergantung kepada keadaan. Inilah ilmu sesat yang telah diajar oleh para Doula agar menolak semua intervensi dari pihak hospital. Katanya ITU SEMUA KIMIA.

Lalu mereka pun membuat keputusan untuk melahirkan bayi-bayi yang tidak cukup bulan tersebut di rumah tanpa pengawasan perawat kesihatan. Maka, lahirlah anak pertamanya yg tidak cukup bulan itu di rumah dan disambut oleh ayahnya. Pembaca perlu tahu bahawa bayi yang tidak cukup bulan tidak mempunyai paru-paru yang matang. Maka, bayi yang lahir itu tidak mampu untuk bernafas secara normal dan akhirnya menyebabkan kematian bayi tersebut.

Betul, kematian bayi itu disaksikan oleh ibubapa itu sendiri tanpa berbuat apa-apa. Bagi saya, ibubapa itu sendiri yang menjadi pembunuh bayi tersebut. Kejam bukan. Inilah kesesatan yg dibawa oleh golongan yg sesat sampai nyawa anak sendiri disia-siakan tanpa mereka sedari.

Dan ketika cuba untuk melahirkan pasangan kembar yang kedua pula, mereka mempunyai masalah untuk melahirkannya. Disebabkan kematian anak yang pertama serta masalah tersebut, maka baru mereka tersedar untuk pergi ke hospital meminta pertolongan.

Syukur pasangan kembar yg kedua itu boleh lahir secara normal dan sempat diberi bantuan pernafasan. Tiub pernafasan dimasukkan ke dalam paru-paru disebabkan bayi tersebut tidak mempunyai paru-paru yang matang. Sebagai tambahan, dia juga terpaksa dibawa menaiki bot dan merentasi laut utk dihantar ke hospital yang mempunyai kelengkapan NICU yg cukup. Sekarang ini, bayi tersebut masih lagi berada dalam NICU untuk rawatan selanjutnya.

Bila ditanyakan kepada suaminya kenapa buat begini, dia menyatakan yang dia telah solat sunat istikharah dan yakin dengan pilihannya.

Iaitu pilihan untuk lahir di rumah hingga membunuh anaknya itu.

Kami pasti golongan Doula dan yang sama waktu dengannya tidak akan langsung menceritakan kisah ini kepada anak murid mereka untuk mengekalkan positive vibes kumpulan mereka yang semakin lama membawa umat ke arah kesesatan.

Terpulanglah kepada pembaca untuk memilih pilihan yang membawa mudarat ataupun yang menyelamatkan.

Kami cuma menyampaikan sahaja

-Doktor Paracetamol-

Ini bukanlah kali pertama ajaran ‘melahirkan anak di rumah ini’ menyebabkan kehilangan nyawa. Terdapat beberapa kes sebelum ini di mana bukan saja bayi, malah ibu yang melahirkan juga meninggal dunia akibat komplikasi kerana melahirkan anak di rumah kerana terpengaruh dengan ajaran ‘doula’ bahawa intervensi hospital dalam proses melahirkan anak ialah tidak alami dan ‘menggunakan bahan kimia’.

Perlu diingatkan bahawa ‘orang dulu-dulu’ memang melahirkan anak dengan bantuan bidan, namun pada masa itu juga terdapat kes-kes kematian ibu dan anak yang tinggi (high mortality rate). Dan mengapa takut bahan kimia sedangkan badan manusia sememangnya terdiri dari komposisi kimia?

Memang ketentuan ajal di tangan tuhan, tetapi manusia diberi pilihan. Kalau kita pilih untuk berdiri di hadapan lori yang bergerak laju 180km/j, bukankah itu bagaikan membunuh diri? Adakah tuhan menetapkan manusia membunuh diri sedangkan membunuh diri dilarang? Sila fikirkan. -amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...