PRU14 : SPR Menetapkan 9 Mei 2018 Sebagai Hari Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

Trending

PRU14 : SPR Menetapkan 9 Mei 2018 Sebagai Hari Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pada hari Rabu (9 Mei) sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 April. Bagi pengundian awal pula, tarikh 5 Mei dipilih dan tempoh berkempen bagi PRU14 adalah 11 hari.

Advertisement

Sebelum ini, tempoh berkempen pada PRU13 adalah 15 hari manakalah PRU12 pula adalah 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh tersebut di Pejabat SPR di Putrajaya, Pengerusi SPR Tan Sri Hashim Abdullah menyatakan seramai 14, 636,716 pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada Pilihan Raya Umum kali ini melibatkan 222 kerusi Parlimen serta 555 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU14 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 6 April lepas.

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 132 kerusi, selebihnya DAP (36),PKR (28), Pas (13), Parti Amanah Negara (7), Parti Warisan Sabah (2), Parti Sosialis Malaysia dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (1) serta dua wakil bebas.

Hashim berkata SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada berhubung pembubaran Dewan Rakyat.

Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 10 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.

Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2016.

Hashim berkata SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan pada 11 April dan notis pilihan raya pada

Beliau berkata berdasarkan daftar pemilih, terdapat pemilih biasa dan pengundi awal.

Hashim berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya manakala bagi PRU14 sejumlah RM500 juta diperuntukkan oleh SPR.

Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan pusat mengundi dengan tempat dan saluran mengundi.

Sumber : SPR & Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...