Proton X70 Pecah Rekod Jualan SUV, Bukti Rakyat Malaysia Sukakannya

Trending

Proton X70 Pecah Rekod Jualan SUV, Bukti Rakyat Malaysia Sukakannya

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) pertama Proton, iaitu Proton X70, telah memecahkan kesemua rekod jualan terdahulu dalam segmennya, mengukuhkan ia sebagai jenama automatif nasional yang memimpin pasaran SUV Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton memberitahu telah menjual 8,500 unit Proton X70 hanya dalam 100 hari selepas kenderaan SUV itu dilancarkan.

Advertisement

GAMBAR: The Star

Syarikat itu juga merekodkan tahap perkembangan jualan paling tinggi antara tiga jenama automatif paling terkenal di Malaysia hanya dalam masa 100 hari ia dilancarkan, iaitu 42% untuk dua bulan pertama 2019.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong:

Pemain utama perkembangan ini ialah Proton X70, yang merupakan model paling popular bulan Januari dan Februari dan ia dijangka mengulangi pencapaiannya untuk bulan ketiga berturut-turut.

Ini membuktikan pembeli kereta di Malaysia sukakan SUV kami yang pertama ini, dan kami menghargai sokongan mereka. Kami sedang bekerja keras untuk menyiapkan lebih unit secepat mungkin untuk megurangkan masa menunggu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...