Baru-baru ini tular gambar mengenai sebuah Proton X50 yang rosak teruk akibat terbabas. Apa yang menyedihkan, insiden tersebut terjadi semasa dalam perjalanan untuk dihantarkan kepada pembeli. Kesian owner, tak sempat lagi merasa kereta tu.
Seorang jurujual kereta, Puteri Sajeda Hussien yang juga pemilik akaun Facebook Puteri TopSales telah berikan penjelasan tentang kejadian itu. Sebenarnya, Puteri ni hanyalah bekas sales advisor tapi masih menjalankan urusniaga atas kepercayaan pelanggan.
Urusan jual beli kereta tersebut sudah didaftarkan pada 1 Mac lepas dan kereta tersebut dirancang untuk hantar kepada customer pada 6 Mac.
Jadi, disebabkan dia bukan lagi jurujual Proton yang sah, Puteri tidak dibenarkan untuk menghantar kereta tersebut dan tugas itu telah diberikan kepada jurujual Proton lain, Azmi Surya Irawan.
Azmi yang memandu kereta yang nak dihantarkan kepada customer itu bagaimanapun mengalami kemalangan sehingga total lost. Kemudian, pelanggan itu sendiri maklumkan kepada Puteri selepas dapat tahu perkara ini dari Azmi.
Puteri juga mengatakan yang Azmi sendiri mengaku yang dia telah memandu kereta Proton X50 itu dengan kelajuan 180kmj. Walaubagaimanapun, kejadian ini masih lagi disiasat buat masa ini.
Menerusi screenshot yang Puteri kongsikan, pinjaman jual beli masih belum dibayar dan ia menyebabkan masalah tuntutan insurans kereta berkenaan.
Jadi, tuntutan insurans tersebut hanya boleh dibuat atas pelanggan sahaja, tapi ikut budi bicara pelanggan tu sendiri sebab dia tak dapat merasa pun lagi kereta tu. Seram juga kalau jadi macam ni, tapi apa kita boleh buat sebab benda dah jadi pun.