Proton X50 Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM79,200

Automotif

Proton X50 Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM79,200

Rasanya, ramai kini seakan teruja dengan berita gembira yang dimaklumkan oleh Proton.

Selepas kenderaan model baharu SUV segmen-B, X50 dipamerkan secara rasmi sekitar awal Oktober lalu, Proton kini tampil mendedahkan harga buat kenderaan itu.

Advertisement

Menurut pihaknya, harga model X50 itu difahamkan bermula dari RM79,200 bagi varian 1.5T Standard. Manakala bagi varian 1.5T Executive pula berharga RM84,800, 1.5T Premium RM93,200 dan varian tertinggi iaitu model Flagship berharga RM103,300.

Kesemua harga yang dinyatakan merupakan harga atas jalan tanpa insuran dan pengecualian SST hingga 31 Disember,

Dedah Proton lagi, tetapan harga tersebut termasuk perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej internet 4G 1GB/sebulan percuma selama lima tahun.

Bahkan buat 30,000 pelanggan terawal yang menempah X50 sebelum 31 Disember ini, individu-individu terbabit akan menerima kos upah secara percuma bagi tiga kali servis.

Untuk rekod, model kenderaan yang sungguh elegan SUV segmen-B ini, didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...