Proton Wira Kekal Kereta Paling Banyak Di Curi

Automotif

Proton Wira Kekal Kereta Paling Banyak Di Curi

Kerap kali kita dengar dan baca banyak kes kecurian kereta berlaku di Malaysia. Ini membuatkan kita sendiri jadi takut untuk meletakkan kereta di tempat yang tidak selamat. Kadangkala letak tempat selamat juga masih dicuri.

Namun sejak beberapa dekad yang lalu, pengeluar kenderaan mula menaiktaraf sistem keselamatan yang menjadikannya lebih sukar dilarikan. Namun begitu, pencuri juga semakin canggih  menggodam apa juga sistem yang dibekalkan.

Advertisement

Cuba anda teka, kereta mana di Malaysia, perompak paling suka?

Dipetik dari Paultan, Proton Wira adalah kereta paling banyak hilang bagi tempoh 3 bulan pertama tahun ini diikuti Iswara dan Perodua Kancil.


Ini telah diumumkan oleh Kempen Kesedaran Kecurian Kenderaan 2019 untuk suku tahun pertama tahun ini.

Sebelum ini juga, Proton Wira kekal sebagai kenderaan paling banyak dicuri dari Januari hingga Jun 2019.

Dilaporkan 127 unit Proton Wira telah hilang. Ia diikuti oleh satu lagi model cash cow dari Proton Iswara dengan laporan 82 unit telah dicuri dalam tempoh yang sama.


Manakala tempat ketiga jatuh kepada satu lagi kereta ikonik Malaysia iaitu Perodua Kancil. Dalam tiga bulan terawal tahun ini, sebanyak 70 buah Kancil telah dilaporkan di curi.

Bagi tempat keempat pula adalah kereta Toyota Hilux masih kekal sebagai model bukan nasional paling banyak dicuri di Malaysia untuk suku pertama tahun ini. Dalam tempoh tiga bulan berkenaan, sebanyak 52 buah Hilux telah dilaporkan hilang kerana dicuri.

Senarai ini diikuti oleh Perodua Myvi di tangga kelima (49 unit), Proton Waja di tempat keenam (41 unit) dan Proton Saga di kedudukan ketujuh (40 unit).

Laporan dari VTREC ini turut mendedahkan bahawa sejumlah 35,953 buah kereta telah dicuri tahun lalu, atau berkurangan 15% dari tahun 2017. Angka berkenaan juga dilihat berkurangan 49% secara keseluruhan dalam tempoh masa lima tahun kebelakangan ini.


Kepada anda yang mempunyai kereta Proton Wira, berhati-hatilah kerana kereta anda menjadi rebutan para pencuri.

Sumber: Paultan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...