Siapa sangka keluaran Proton Wira direkodkan sebagai kenderaan paling banyak dicuri bagi tahun 2020 dengan sebanyak 353 unit kenderaan dilaporkan telah dicuri.
Ini dilaporkan semasa pelancaran Kempen Kesedaran Awam Pencurian Kenderaan 2021, Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia (VTREC) yang turut senaraikan 10 kenderaan paling panas dan banyak dicuri di Malaysia.
Ke-2 tertinggi dicuri adalah Proton Iswara dengan 273 kes dan diikuti Toyota Hilux dengan 209 kes. King Perodua Myvi pula hanya berada di tangga ke-5 dengan 131 kes dibelakang Perodua Kancil, 144 kes.
Berdasarkan rekod di atas, rekod kes kecurian pada tahun 2019 turut dipegang Proton Wira dengan 564 kes. Bagaimanapun ada sedikit penurunan diantara 2019 dan 2020.
Tak pelik sebenarnya bila Proton Wira masih panas kerana kita masih dapat melihat banyak kenderaan jenis ini masih gagah berada di atas jalan raya.