Proton Tampil Dengan Permohonan Maaf Berkait Isu Tersilap Melabel Sabah & Sarawak Dalam Peta

Berita

Proton Tampil Dengan Permohonan Maaf Berkait Isu Tersilap Melabel Sabah & Sarawak Dalam Peta

Baru-baru ini, pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berkait isu kesilapan syarikat melabelkan negeri Sabah dan Serawak dalam peta mereka.

Menghormati semua

Kenyataan berkenaan dikongsikan menerusi laman Facebook Proton yang menyatakan pihak mereka amat menyesali kesilapan tersebut yang mungkin telah membangkitkan perdebatan antara segelintir pihak dan menyentuh perkara sensitif dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Kami komited untuk menghormati serta meraikan semua negeri secara sama rata.

 

Oleh itu, kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai maklum balas daripada orang ramai.

Susulan itu, pihak Proton memberitahu mereka akan lebih berhati-hati agar kesilapan itu tidak terjadi lagi pada masa hadapan.

Kami akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan kami. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda yang berterusan.

Terdahulu, isu tentang pertukaran kedudukan negeri Sabah dan Sarawak ini telah tular di media sosial menimbulkan perasaan kurang senang daripada segelintir pihak. Dipercayai, peta Malaysia itu dipaparkan di skrin ketika pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, e.MAS yang dianjurkan oleh Proton.

zon masa semenanjung
6 months ago

Netizen Usul PMX Ubah Semula Zon Masa Semenanjung Ikut Sabah Sarawak - "Paling Best Waktu Malam, Rasa Panjang..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...