Proton Saga 2019 Dilancarkan Dengan Harga Serendah RM 32,800

Automotif

Proton Saga 2019 Dilancarkan Dengan Harga Serendah RM 32,800

Jenama kereta ikonik Malaysia, Proton baru sahaja melancarkan Proton Saga terbaru yang diperkenalkan dalam tiga varian iaitu Standard MT, Standard AT dan juga Premium AT. Melalui majlis pelancarannya semalam, model kali ini menerima beberapa perubahan yang dinaik taraf.

Seperti yang dapat dilihat pada dua lagi model Proton iaitu Iriz 2019 dan SUV popular X70, Saga kali ini turut menampilkan elemen Infinite Weave bahagian jeriji di hadapan dan Ethereal Bow yang merupakan rekaan korporat baru Proton.

Advertisement

Bahagian hadapan Proton Saga 2019
Pada bahagian belakang tiada lagi logo Proton seperti biasanya tetapi digantikan dengan tulisan PROTON yang diapit dengan dua lampu belakang.

Rekaan rim untuk model Premium akan didatangkan dengan rim bersaiz 15 dengan rekaan 5 bintang. Juga terdapat rekaan 2 tona dan penggunaan tayar bersaiz 185/55 dengan rim 15 inci. Untuk model Standard pula menggunakan rim bersaiz 14 inci dan tayar bersaiz 185/65.

Rekaan luar Proton Saga 2019
Menerusi kerjasama bersama Geely, Proton Saga 2019 tidak lagi menggunakan transmisi CVT sebaliknya menggunakan transmisi automatik empat kelajuan Hyundai PowerTech. Selain masih mengekalkan enjin yang sama iaitu enjin VVT 1.3 liter dengan kuasa 95PS dan 120Nm.

“Saga 2019 menjadi satu-satunya kereta yang berharga kurang daripada RM40,000 dilengkapi (ESC) iaitu Kawalan Kestabilan Elektronik dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).”

Untuk di bahagian dalam pula, Saga 2019 didatangkan dengan skrin sesentuh terapung (floating touchscreen) 7 inci bagi model Premium selain fungsi Mirrorlink dan juga kamera pandang belakang. Terdapat 3 slot USB yang dikhaskan untuk mengecas telefon pintar dan menyambungkan data buat memainkan lagu.

Bahagian dalaman Proton Saga 2019
Bahagian dalaman Proton Saga 2019
Harga untuk Proton Saga 2019 bermula dengan RM32,800 bagi model Standard Manual, RM35,800 untuk model Standard Automatik manakala model Premium dengan harga RM39,800. Saga 2019 boleh didapati dengan lima pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Gray, Rosewood Maroon dan Ruby Red.

Sumber: Careta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...