Proton ‘Menjelajah’ Singapura Dengan EV Pertama, Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Automotif

Proton ‘Menjelajah’ Singapura Dengan EV Pertama, Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Proton Holdings Bhd (Proton) secara rasmi kembali ke pasaran automotif Singapura dengan pelancaran model kereta elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7. Kemunculan semula jenama nasional Malaysia ini disambut meriah di acara The Car Expo 2025 yang berlangsung di Singapore EXPO hujung minggu lalu.

Model EV sepenuhnya itu menjadi tumpuan pengunjung yang berpeluang melihat reka bentuk dan teknologi yang ditawarkan secara lebih dekat. Menurut portal SG Car Mart, Proton e.MAS 7 kini sudah boleh ditempah, dan penghantaran pertama dijangka bermula pada Ogos 2025.

Advertisement

Dalam usaha untuk menarik minat awal pengguna di pasaran luar negara, Proton turut memperkenalkan promosi eksklusif ‘Founders Edition’ kepada 99 pembeli terawal. Mereka yang membuat tempahan awal layak menerima diskaun sebanyak SGD20,000 (anggaran RM66,600).

Namun begitu, harga rasmi Proton e.MAS 7 di Singapura mencecah SGD173,988 atau kira-kira RM570,758 — satu angka yang mengejutkan kerana ia hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding harga di pasaran tempatan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, berkata pelancaran e.MAS 7 di Singapura merupakan satu langkah penting dalam rancangan pengembangan antarabangsa syarikat tersebut.

Kami yakin bahawa e.MAS 7, dengan ciri-cirinya yang menarik dan kesesuaian untuk persekitaran bandar, akan diterima baik oleh pemandu Singapura ketika negara ini menerima mobiliti elektrik.

Dengan pelancaran ini, Proton menunjukkan kesungguhan mereka untuk bersaing dalam pasaran EV serantau, sejajar dengan trend global yang semakin beralih kepada kenderaan mesra alam dan bebas karbon.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

17 hours ago

Porsche Rosak Akibat Petrol Tercampur Air, Pemilik Kereta Mewah Terima Pampasan RM54k

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Paultan.org

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...