Protes Sehingga Lapangan Terbang Hong Kong Terpaksa Ditutup, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Trending

Protes Sehingga Lapangan Terbang Hong Kong Terpaksa Ditutup, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Seperti yang diketahui semua, rusuhan di Hong Kong yang berlaku bermula sejak beberapa bulan lalu masih lagi berlanjutan hingga kini. Protes yang dilakukan adalah kerana penentangan penduduk Hong Kong kepada rancangan China yang akan membenarkan ekstradisi dari Hong Kong ke China.

Ekstradisi bermaksud pengembalian penjenayah oleh sesebuah negara ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara itu supaya penjenayah tersebut dapat dibicarakan di negara berkenaan.

Advertisement

Sejak penyerahan British pada 1997, Hong Kong dan China mengamalkan konsep ‘satu negara, dua sistem’ yang memberikan kelebihan dari segi kebebasan kepada penduduk Hong Kong dari China.

Mac hingga April 2019

Ribuan membantah rang undang-undang (RUU) yang membenarkan rakyat Hong Kong diekstradisi ke China. Civil Human Rights Front (CHRF), kumpulan lebih 50 kumpulan pro demokrasi melancarkan protes pertama.

sekumpulan perusuh berarak

21 Mei 2019

sekumpulan penunjuk perasaan
Pemimpin Hong Kong, Carrie Lim tekad untuk meluluskan rang undang-undang (RUU) tersebut.

 30 Mei 2019

Hong Kong melonggarkan sesetengah bahagian RUU tersebut namun penunjuk perasaan masih tidak berpuas hati.

4 – 9 Jun 2019

Lebih 120,000 kakitangan sekolah dan 3,000 peguam turut membuat protes. Kesemua mereka memakai pakaian berwarna hitam dan berkumpul di hadapan pejabat kerajaan.

12 Jun 2019

polis menggunakan gas pemedih mata
Pembentangan kali kedua RUU tersebut dijalankan. Namun, pembentangan itu dibatalkan setelah penunjuk perasaan menghalang jalan utama ke ibu pejabat. Polis menggunakan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan ketika protes dijalankan.

14 & 16 Jun 2019

Presiden Hong Kong, Carrie Lam meminta maaf dan menangguhkan undang-undang ekstradisi.

21-28 Jun 2019

Ribuan penunjuk perasaan tetap melakukan protes di seluruh Hong Kong bagi meminta RUU itu dibatalkan. Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat polis dan menghalang jalan keluar.

protes tunjuk perasaan di hong kong

1, 5, 7, 13, 14 & 21 Julai 2019

Protes semakin berterusan dan keadaan menjadi semakin ganas. Protes turut dilakukan di atas kematian penunjuk perasaan yang terlibat namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Carrie Lim diatas insiden itu.

polis menahan penunjuk perasaan
penunjuk perasaan memukul polis

24 & 26 Julai

Protes mula menjejaskan sistem perkhidmatan kereta api.

5 Ogos 2019

Penjawat awam melancarkan mogok.

12 & 13 Ogos

Protes dilakukan di lapangan terbang dan segala penerbangan terpaksa dibatalkan serta merta. Carrie Lim memberi amaran kepada penunjuk perasaan untuk menghentikan protes sebelum terlambat.

Protes bertukar menjadi buruk apabila penunjuk perasaan menyerang seorang lelaki yang dikatakan ejen rahsia dari China. Mereka juga menahan seorang wartawan daripada syarikat surat khabar China dan mengikatnya pada bagasi.

wanita cuba menyerahkan bagasinya dalam kalangan penunjuk perasaan
seorang lelaki diikat pada bagasi beg
Aktivis dijangka akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Ahad ini (18 Ogos) untuk menunjukkan kepada semua pihak gerakan ini masih mendapat sokongan dari penduduk Hong Kong dan mereka tidak akan berhenti.

Baru-baru ini pula, tular hashtag #BoycottMulan apabila peneraju utama filem tersebut iaitu Crystal Liu diboikot apabila menyuarakan sokongannya pada pihak polis Hong Kong. Posting nya di laman Weibo telah mendapat lebih 72,000 ‘likes‘ dan 65,000 ‘share‘.

screenshot boikot mulan
Sumber: Astro Awani

Kredit foto: Bloomberg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...