Protes Hong Kong: Pelajar Ditembak Polis, Orang Awam Dibakar Penunjuk Perasaan

Trending

Protes Hong Kong: Pelajar Ditembak Polis, Orang Awam Dibakar Penunjuk Perasaan

Kemelut yang berlaku di Hong Kong masih lagi belum dapat diselesaikan dengan baik. Protes yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu gara-gara rang undang-undang ekstradisi yang diperkenalkan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Hong Kong.

Baca: Protes Sehingga Lapangan Terbang Hong Kong Ditutup, Ini Perkara Yang Anda Patut Tahu

Advertisement

Terbaru, ada satu video yang tular di media sosial apabila penunjuk perasaan bertindak membakar orang awam secara terang terangan. Semua ini dipercayai hanya kerana perbezaan politik diantara mereka.

“Lelaki itu telah diserang dan dibakar secara hidup-hidup oleh penunjuk perasaan di atas jambatan kaki.”

Sebelum itu, seorang pelajar telah ditembak oleh polis ketika rusuhan berlaku. Video yang tular di media sosial itu berjaya dirakamkan ketika kejadian berlaku dimana polis mengacukan pistol dan menembak mangsa.

video

Sedutan daripada rakaman video

Mangsa daripada dua insiden ini sedang berada dalam keadaan kritikal di hospital. Susulan dua insiden yang berlaku ini, Pemimpin Hong Kong iaitu Carrie Lam nampaknya tidak memberikan solusi dengan protes yang sudah berlangsung hampir enam bulan ini.

“Saya jelaskan yang kami tak akan berikan usaha untuk menamatkan keganasan di Hong Kong secepat yang mungkin.”

Kenyataannya ini menambahkan lagi kemarahan rakyat Hong Kong kerana polis akan bertindak lebih ganas selepas insiden yang berlaku. Keganasan pihak polis juga dapat disaksikan dengan rakaman video yang dikongsikan di media sosial.

protes hong kong
protes hong kong
Sebelum ini polis telah melemparkan gas pemedih mata pada pelajar universiti di Chinese University pada 11 November lalu. Video pasukan polis memandu motorsikal dan melanggar penunjuk perasaan dengan sengaja menunjukkan keganasan yang dilakukan pihak polis.

Protes yang berlangsung sejak enam bulan lalu ini dicetuskan dengan satu kes bunuh di Taiwan dan mendorong kepada rang ekstradisi diperkenalkan. Untuk artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Di Taiwan Mencetuskan Protes Besar-Besaran Di Hong Kong 

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...