Kemelut yang berlaku di Hong Kong masih lagi belum dapat diselesaikan dengan baik. Protes yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu gara-gara rang undang-undang ekstradisi yang diperkenalkan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Hong Kong.
Baca: Protes Sehingga Lapangan Terbang Hong Kong Ditutup, Ini Perkara Yang Anda Patut Tahu
Terbaru, ada satu video yang tular di media sosial apabila penunjuk perasaan bertindak membakar orang awam secara terang terangan. Semua ini dipercayai hanya kerana perbezaan politik diantara mereka.
“Lelaki itu telah diserang dan dibakar secara hidup-hidup oleh penunjuk perasaan di atas jambatan kaki.”

Sedutan daripada rakaman video
Mangsa daripada dua insiden ini sedang berada dalam keadaan kritikal di hospital. Susulan dua insiden yang berlaku ini, Pemimpin Hong Kong iaitu Carrie Lam nampaknya tidak memberikan solusi dengan protes yang sudah berlangsung hampir enam bulan ini.
“Saya jelaskan yang kami tak akan berikan usaha untuk menamatkan keganasan di Hong Kong secepat yang mungkin.”
Kenyataannya ini menambahkan lagi kemarahan rakyat Hong Kong kerana polis akan bertindak lebih ganas selepas insiden yang berlaku. Keganasan pihak polis juga dapat disaksikan dengan rakaman video yang dikongsikan di media sosial.


Hongkong police gone nuts.
They seem to truly think they’re above the law.
This has been almost like Tiananmen Square in slow motion #HongkongPoliceState pic.twitter.com/FxnUG8s9OS— Claudia Mo ??? (@ClaudiaMCMo) November 11, 2019
Protes yang berlangsung sejak enam bulan lalu ini dicetuskan dengan satu kes bunuh di Taiwan dan mendorong kepada rang ekstradisi diperkenalkan. Untuk artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Kes Bunuh Di Taiwan Mencetuskan Protes Besar-Besaran Di Hong Kong