Prosiding Siasatan Kes Kematian Nora Anne Disiarkan Secara Langsung Isnin Depan

Trending

Prosiding Siasatan Kes Kematian Nora Anne Disiarkan Secara Langsung Isnin Depan

Prosiding siasatan kes kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin yang bermula Isnin di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban, dilaporkan akan disiarkan secara langsung dalam talian.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Putrajaya dalam kenyataan mereka berkata, orang ramai boleh menyaksikannya melalui portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia dan media sosial rasmi YouTube dan Facebook The Malaysian Judiciary bermula 24 Ogos Ini.

Advertisement


“Badan Kehakiman Malaysia akan mengadakan penstriman langsung mengenai prosiding itu.”

Prosiding itu akan berlangsung selama dua minggu, bermula 24 hingga 28 Ogos dan bersambung semula pada 1 hingga 4 Sept di hadapan Koroner Maimoonah Aid. Seramai 64 saksi akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sebagai rekod, mayat Nora Anne sebelum ini ditemui berhampiran anak sungai di kawasam berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari kawasan penginapan bersama keluarganya di Jalan Pantai pada 13 Ogos tahun lalu.

Laporan awal bedah siasat menyatakan, kematian remaja golongan istimewa itu tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus. Ia dikatakan berpunca kerana dia telah tidak makan untuk tempoh yang lama dan mengalami tekanan yang berpanjangan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...