Prosiding Saman Fitnah Dr Mahathir Terhadap Anwar Ditangguh, Mantan PM Mengadu Tak Sihat

Berita

Prosiding Saman Fitnah Dr Mahathir Terhadap Anwar Ditangguh, Mantan PM Mengadu Tak Sihat

Hari pertama prosiding saman fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung kurang daripada 30 minit di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Peguam Dr Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali, memohon penangguhan sebaik pemeriksaan utama (examination-in-chief) selesai, selepas bekas Perdana Menteri berusia 100 tahun itu memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Donald Joseph Franklin mengenai keadaan kesihatannya, memetik Harian Metro.

Advertisement

“Saya tidak berupaya sepenuhnya kerana mengambil ubat. Tenaga saya belum pulih sepenuhnya,” kata Dr Mahathir ketika berada di kandang saksi.

Peguam mewakili Anwar, Ranjit Singh, tidak membantah permohonan itu. Susulan itu, mahkamah menetapkan Khamis ini sebagai tarikh sambungan perbicaraan untuk sesi soal balas.

Dalam sidang media selepas prosiding, Rafique menjelaskan bahawa Dr Mahathir berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat.

Beliau sihat, cuma memerlukan sedikit masa untuk berehat. Pada Khamis nanti, beliau akan kembali untuk disoal balas oleh peguam defendan.

Terdahulu,  dalam samannya, Dr Mahathir mendakwa Anwar mencemarkan reputasinya dengan menuduh beliau bersikap perkauman serta memperkayakan diri dan keluarga sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan itu didakwa dibuat oleh Anwar dalam ucapan semasa Kongres Khas PKR di Stadium Melawati, Shah Alam pada 18 Mac 2023, apabila beliau merujuk kepada seseorang yang “berkuasa selama 22 tahun dan tambahan 22 bulan.”

Dr Mahathir menegaskan beliau tidak pernah disabitkan sebarang salah laku atau penyalahgunaan kuasa, serta semua pendapatannya diaudit secara telus.

Beliau menuntut ganti rugi teladan RM100 juta dan ganti rugi am RM50 juta, selain permohonan maaf bertulis serta sidang media khas daripada Anwar untuk menarik balik kenyataan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kuota jemaah haji
2025-10-21 10:15:42

Sakit Jantung, Penyakit Paru-Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026 Bagi Warga Emas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...