Prosiding Inkues Kes Kematian Nora Anne Bermula Hari Ini

Trending

Prosiding Inkues Kes Kematian Nora Anne Bermula Hari Ini

Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, akan bermula hari ini di Mahkamah Koroner di Kompleks Mahkamah Seremban.

Prosiding berkenaan dijalankan dihadapan Koroner Maimoonah Aid, bermula pukul 9 pagi tadi.

Advertisement

Bagi melancarkan perjalanan inkues, mahkamah telah menentukan hanya sembilan wartawan dibenarkan berada di dalam galeri awam untuk mengikuti dan membuat liputan kes berkenaan dengan mengambil kira faktor penjarakan fizikal yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Nor Marzukee Besar turut dilaporkan hadir.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Putrajaya Jumaat lalu menyatakan Badan Kehakiman Malaysia akan menyiarkan prosiding berkenaan secara langsung di portal rasmi dan media sosial rasmi badan berkenaan dan orang ramai boleh menyaksikannya, mulai jam 9 pagi.

Prosiding berkenaan akan berlangsung selama dua minggu bermula hari ini sehingga 28 Ogos dan bersambung pada 1 hingga 4 Sept dengan seramai 64 saksi akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Pada 13 Ogos lalu, Koroner Maimoonah bersama beberapa pihak lain yang berkaitan dalam kes berkenaan telah meluangkan masa selama tiga jam melawat lokasi kejadian bagi melihat secara terperinci untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian itu.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...