Written by AbangNara | August 6th, 2014

Proses ‘Sulh’ atau perbincangan mengenai hak jagaan kekal tiga orang anak hasil perkongsian hidup antara penyanyi rock terkenal Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dengan isterinya, Rozana Misbun, gagal apabila wanita itu tidak hadir di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur hari ini.
rozana sulh awiePeguam Mohd Hafizal Parcho yang mewakili Awie ketika ditemui berkata, proses berkenaan hanya dihadiri anak guamnya di hadapan pegawai bertugas iaitu Surayah Ramlee, di Pejabat Bahagian Sulh, Mahkamah Syariah di sini.

“Sepatutnya hari ini perbincangan antara pihak anak guam saya dan Rozana mengenai siapa akan menjaga anak-anak itu tetapi disebabkan Rozana gagal hadir, maka proses ini gagal dan mahkamah menetapkan kes diteruskan dengan sebutan semula.

“Pihak kami ada menerima faks daripada Rozana semalam memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir. Bagaimanapun dia tidak menyatakan sebabnya,” kata peguam itu.

Mohd Hafizal berkata, mahkamah menetapkan 3 Sept ini untuk sebutan semula kes itu.

Proses ‘Sulh’ adalah satu daripada alternatif yang efektif kepada mana-mana pasangan selain kaedah perbicaraan dan timbang tara untuk mendapatkan penyelesaian rumahtangga.

Pada 21 Julai lalu, Awie, 46, berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anaknya dan perintah injunksi supaya isterinya itu tidak mendekatinya dan ketiga-tiga anak itu dengan apa jua cara.
awie rozanaSementara itu, Awie ketika ditemui enggan memberikan sebarang komen mengenai ketidakhadiran isterinya itu.

Penyanyi rock itu bernikah dengan Rozana, 36, di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Pada 4 Julai lalu, Awie, pelakon utama filem ‘Zombie Kampung Pisang’ dan ‘Hantu Kak Limah’ didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Rozana, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Proses Sulh Gagal Awie & Isteri Gagal Kerana Rozana Misbun Tidak Hadir

  1. peeiiii says:

    bila ader appointment dgn wartawan boleh pulak ko yer Rozana…

    0

    0
  2. Whatever says:

    Hari tu jumpa wartawan menangis lah nak jumpa anak-anak.Bila dah dapat peluang jumpa di mahkamah, tak datang.Nampat sangat penipu or sibuk kira beg-beg mahal tu… Hutang-hutang orang yang kau pinjam, pulangkan balik lah

    0

    0
  3. ina says:

    La ari tu nangis2 nk jumpa ank.. Ni dh ada pnbincangan xmo hadir lak.. Pastu nnti kua lg cite bkn2 psal org x paham ko.. Aishh jgn la sampai org nmpk atau cri ksalahan ko..

    0

    0
  4. sukati aku nk komen apa says:

    aku rasa rozana xde beg tgn baru nk pakai utk gi mahkamah kot. sb tu dia xdtg. nti dia da beli beg tgn baru mesti dia smpai pnye.
    lg 1 rozana asal hidung ko masa gmbr dgn awie tu cntik tp masa pakai bju putih tu nmpak huduh…ko xcukup duit nk cucuk ek…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    poyo rozana..aritu bkn main propa lebih… erm.. x faham aku..let the court decide everything..

    0

    0
  6. jemah insaf says:

    Kalau nak belanja duit suami tu agak-agak la.
    Somi ko bukannya kaya raya mana pong. patotla kena bantai.

    0

    0
  7. well well well says:

    berani kerana benar… takut kerana salah

    0

    0
  8. cindai sayang says:

    Ketidakhadiran Rozana pasti ada cerita disebaliknya, sebagai org luar kita tak tahu apa yang terjadi. Kita ni berdoalah ikatan ini akan terus kekal abadi, namun sekiranya tiada jodoh, jangan ada sengketa antara pasangan. Merindui anak adalah sesuatu perkara yang perit.

    0

    0
  9. anon says:

    Hidung rozana mmg lain benar dari masa baru2 kawin dgn awie dulu, agaknya hidung plastik…

    0

    0
  10. astaga says:

    abg nara plss upload gambar perbandingan muke rozana misbun dr stat kawen ngn awie dgn skang!!!!plsssss

    0

    0
  11. branch says:

    Dulu sokong puan tu skrg sokong awie tk faham btul dgn lalang2 ni

    0

    0
  12. […] Proses Sulh Gagal Awie & Isteri Gagal Kerana Rozana Misbun Tidak Hadir (18) […]

    0

    0