Proses Penceraian Masih Belum Selesai, Nora Ariffin Akui Sudah Penat

Hiburan

Proses Penceraian Masih Belum Selesai, Nora Ariffin Akui Sudah Penat

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengakui keletihan apabila kes perceraian dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli, masih berlanjutan dan belum menemui penyelesaian.

Walaupun begitu, Nora yang berusia 52 tahun menghormati prosedur yang ditetapkan oleh mahkamah. Jelas Nora,

Advertisement

Penat, memang saya penat. Namun, saya tahu ini adalah prosedur mahkamah dan saya harus menghormati serta mengikutnya.

Proses perceraian mereka masih berjalan dan Nora hanya mengikuti prosedur mahkamah sambil mencari penyelesaian terbaik. Beliau juga tidak pasti jika Dr. Rushdi akan membuat keputusan lain dalam tempoh hakam ini, kerana segala keputusan bergantung kepada suaminya itu.

nora ariffin dah penat

Nora juga menjelaskan bahawa dia terfikir tentang cepatnya proses perceraian, namun menyedari ramai yang tidak memahami prosedur mahkamah.

Dia meluahkan kesedihan apabila ada tuduhan bahawa dia membayar media untuk meliput kes perceraian tersebut. Kes perceraian mereka akan disambung pada 30 September depan.

Nora memfailkan permohonan perceraian pada 21 April lalu setelah berlaku konflik susulan hantaran Instagram yang memaparkan video lafaz cerai Dr. Rushdi, namun selepas sebulan, mereka mengumumkan rujuk semula.

2025-08-11 14:27:54

"Kalau Nora Tiada Alasan Munasabah, Kita Tak Patut Berpisah" - Dr Rushdi Tetap Pendirian Enggan Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh! Bulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...