Menurut Dr Jeffrey Epstein, sebeum trend hipster ini merebak hanya beberapa sahaja proses pemindahan jambang dilakukan dalam setahun. Kini purata pemindahan jambang dikatakan 3 kali dalam masa seminggu.
Menurut Dr Yael Halaas iaitu doktor yang melalukan proses pemindahan jambang, kebanyakkan pelanggan yang melakukan pemindahan jambang berasal dari Williamsburg, Bushwick dan Park Slope.
Semasa pemindahan , doktor menarik keluar rambut dari kepala pesakit, dan meletakkan ia ke dalam mikro incisions pada muka pesakit. Akar rambut kekal walaupun folikel gugur. Selepas proses itu selesai, bulu akan mula tumbuh di bahagian muka dan pesakit akan dapat mencukur bahagian muka dan membentuk jambang yang diinginkan.
Ramai orang menggunakan prosedur ini untuk mendapatkan janggut yang lebih menarik dan ada juga yang menggunakan teknik ini untuk mengisi bahagian-bahagian muka mereka yang tidak berbulu. Sesetengah pesakit juga menunjukkan gambar-gambar selebriti kepada doktor untuk rujukan. Antara gambar artis yang menjadi rujukan adalah Ryan Gosling , Brad Pitt, dan George Clooney. Menurut doktor juga misai Tom Selleck adalah paling popular dikalangan pesakitnya.
Walau bagaimanapun , sesetengah individu yang menjalani pemindahan ini atas sebab-sebab tertentu antaranya pesakit transeksual. Terdapat juga orang Yahudi Hasidic yang inginkan sidelocks lebih padat pada muka mereka.
Untuk mengisi bahagian janggut ia memakan kos US$ 3,000(RM10,000) dan untuk rawatan sepenuhnya ia memakan kos US$ 7,000(RM23,000).
Adakah anda rasa bebaloi?